Bercerita tentang "Rotan"
Sekarang ini isu rotan dah menjadi panas semula, seolah-olah bila guru itu merotan seperti mendera anak mereka pula walaupun hakikat sebenarnya tidak sedemikian. Bagi Am guru mengajar dengan cara mereka dan kita sebagai ibubapa janganlah nak tunjuk pandai ataupun nak tunjuk sayang anak sangat. Am dibesarkan pada zaman rotan itu perkara biasa disekolah. Dari yang Am nampak semasa Am belajar, pelajar yang dirotan itu memang patut dirotan, bukan guru itu sengaja-sengaja nak rotan tapi itu sebagai hukuman atas kesalahan mereka dan tujuan guru adalah agar mereka sedar akan kesalahan mereka itu. Sekarang ini ada yang tak hendak budaya merotan ini dijalankan, takkan bila mereka dah besar kemudian masuk penjara baru nak rotan kot. Akhirnya banyaklah Anakku Sazali diluar sana nanti. Dikemudian hari barulah mereka nak menunding jari kearah guru kerana tak pandai mendidik anak mereka ataupun setidak-tidaknya menunding jari kearah sesiapa sahaja yang mereka fikir bersalah. Am takut suatu hari nanti cikgu akan bosan dengan itu tak boleh dan ini tak boleh, akhirnya mereka biarkan anak kita buat apa yang mereka suka. Siapa yag rugi, Anak itu atau ibubapanya? Siapa yang hendak disalahkan, ibubapa atau guru? Mujurlah guru sekarang masih tidak mengambil tindakan sedemikian dan masih mempunyai rasa tangungjawab terhadap tugas mereka sebagai pendidik generasi akan datang. Nota Kaki: Nasib baik dulu tak jadi Cikgu....... |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Rotan""