eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Friday, June 29, 2007

Bercerita tentang "Report Card 2"

Pagi tadi pergi sekolah Agama untuk ambil "Report Card" anak Am, keputusan yang amat memeranjatkan Am, isteri dan juga guru-guru termasuk guru besar sekolah anak Am itu. Keputusan ujiannya memang baik berbanding dengan perangainya disekolah, bukan perangainya tak baik tapi sikap sambil lewa dan tak tumpukan perhatian membuatkan kami semua terperanjat dengan keputusan dia. Oleh itu dia terpilih sebagai salah seorang pelajar yang akan ikuti rombongan sekolah. Sebelum ini dia ada kata dia dapat pergi rombongan tapi Am tak percaya hehehe. Bukan free tapi masih kena bayar juga hehehe

Sekolah kebangsaan pula, keputusannya merosot, Am dan isterinya tahu dimana kelemahan anak Am, bukan dia tak boleh jawab tapi dia tak faham soalan itu. Akibatnya dia hanya jawab 2 mukasurat sahaja dari semua muka surat kertas ujian itu, mana keputusan nak bagus. Jadi sekarang Am kena lebih beri tumpuan agar dia memahami soalan itu.

Mamanya janji nak belikan dia hadiah dan seperti biasa abahnya kena bawa dia tengok wayang cerita "Transformer". Sebenarnya abahnya pun tak sabar nak tengok cerita tu hehehe


Nota Kaki :

Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan............

Labels:

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Report Card 2""

 

Blogger Sastri kata ... (June 30, 2007 2:39 PM) : 

Transformer tu memang kena tengok... tapi mungkin tgk dvd je la kot... dah lama rasanya tak ke panggung wayang... :D

 

JOM TINGGALKAN JEJAK