Bercerita tentang PENING
Sekarang ini macam-macam peristiwa jadi di Malaysia ni. Semuanya agak memeranjatkan dan memening bermacam pihak 1Kes Altantuya Shaariibuu makin menarik dan panas, kalau dulu isteri TPM sekarang TPM pula dikaitkan. Memang dasyat kes ini, siapa lagi yang terlibat agaknya dan yang benar dan mana palsu agaknya. 2Anwar Ibrahim pula dengan kes liwat terbarunya. Kali ini Mohd Saiful Bukhari Azlan pula yang buat aduan. Entah siapa yang betul dan siapa yang salah. 3Pasal Ahli barisan nak lompat parti, ini satu lagi kes yang pelik. Semuanya masih rahsia dan entah siapa yang nak lompat tu. Kalau betul silap-silap boleh tukar kerajaan 4Kes Hakim pun masih suam-suam panas lagi. Yang ini kata campur yang itu kata tidak dan banyak isu berbangkit timbul. 5Ahad ini pula akan ada perhimpunan membantah kenaikan harga minyak. Rasa-rasanya macam jadi sahaja, kalau jadilah perhimpunan tu menurut yang Am tahu 1 juta orang akan berkumpul. Ramai tu..... Nota Kaki: Hujung-hujungnya rakyat yang pening.... Labels: Isu Semasa |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang PENING"
macam2 ada kat malaysia ni..tu belom kes2 yg x didedahkan...malaysia bolehhh...:p
kadok, boleh dari semua segi hehehe