Bercerita tentang KEHIDUPAN
Am selalu mengangap melalui kehidupan sepeti kita sedang membawa kereta atau apa kenderaan dijalanraya. Tersenyum Am pada satu ketika dahulu Dr. Fazly pernah menggunakan falzafah yang sama untuk pelajar Akademi Fantasia. Sama rupanya pemikiran dan Dr. tu hehehe Untuk keselesaan dijalan raya kita tentu ingin menggunakan kereta yang mewah, berhawa dinggin, kerusi yang empuk, power sterring dan macam-macam lagi. Begitu juga dengan hidup, untuk selasa dalam kehidupan kita perlukan kerja yang bagus, gaji yang menarik, dan macam-macam lagi. Untuk memudahkan kita menuju kedestinasi kita, kita perlu tahu selok jalan, contoh selok belok jalan di Kuala Lumpur atau Selangor. Begitulah juga dalam kehidupan, kita perlu ilmu dalam yang banyak sebagai bekal atau senjata dalam mengahadapi hari-hari yang akan datang. Tanpa ilmu kita akan sesat dan mungkin juga jauh ketinggalan dari orang lain. Untuk menuju ke destinasi kita boleh melalui berbagai jalan, contohnya, untuk ketempat kerja Am. Am boleh melalui jalan Tun Razak atau Jalan Kinabalu ataupun Jalan Parlimen. Begitu juga dalam kehidupan banyak jalan untuk mencapai kejayaan. Mungkin jalan itu penuh dengan kekecewaan, kemarahan, penipuan, mengipas, usaha ataupun penuh dengan tangisan orang lain. Kiata yang tentukan jalan mana yang kita hendak. Banyak lagi sebenarnya yang boleh kaitkan kehidupan dengan membawa kenderaan dijalan raya. Jadi bila bawa kenderaan atau bila diatas jalan raya ingatlah kehidupan sehari-hari kita. Nota Kaki: Kegembiraan orang lain boleh mengembirakan kita tapi kegembiraan kita belum tentu akan mengembirakan orang lain. Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan. Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang KEHIDUPAN"
Pandu Cermat, Jiwa Selamat.
Tetapi, ada ketikanya orang bawa dengan cermat, tapi kena langgar dari belakang ....
Rancanglah perjalanan anda sebaiknya.
Malang tak berbau Bang Long hehehe
lain dari tu, jalan bukan kita sorang yg guna...wpun kita guna otak tapi org lain guna kaki...nak tunjuk lagak la tu...baru guna 4wheel nak lawan kelisa...apahal?
irman:
dalam maksudnya tu irman