eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Tuesday, October 11, 2005

Bercerita tentang "Soalan"

Keatas LagiPhoto ini ialah satu lagi Am rakamkan semasa menunggu isteri Am, Am rasalah jika kamera canggih cantik photo Am ini.

Am memang ada perancangan nak beli kamera digital tapi Am ni jenis suka beli yg baik sekaligus, jadi terpaksalah menunggu hingga budget benar-benar ada.

Keatas Lagi
Original Upload from Samsung SGH-D500


Hari ini Am hendah bercerita tentang soalan yang pernah ditanyakan kepada Am. 'Kenapa ya Am selalu marah bangsa sendiri dalam blog Am?'.

Soalan yang baik, sebenarnya Am bukan marah tapi cuma menyedarkan bangsa kita dengan cara dan gaya bahasa Am sendiri. Kadang kita perlu menjerit kepada bangsa kita agar mereka sedar dari lamunan atau kekeliruan mereka itu.

Am lakukan kerana Am sayang dengan bangsa kita yang semakin hari semakin parah, Am bukan ahli politik yang boleh pegang mic dan berceramah di majlis2 besar, Am juga bukan menteri yang boleh membantu dengan membentuk dasar-dasar baru dan Am juga bukan bos besar yang boleh mempengaruhi ribuan perkerjaan melayu dibawahnya.

Am cuba insan kedil yang ada keinginan untuk melihat bangsa kita maju seiringan dengan bangsa-bangsa lain di negara kita ini.

Am tak kisah bila ada orang kata Am nak tunjuk pandai atau tunjuk bagus kerana dalam proses menulis blog ini Am bukan sahaja memberi pendapat, teguran dan pandangan Am pada semua tapi dalam masa yang sama Am belajar dan menyedarkan diri Am juga.

Biarlah satu masa nanti bangsa kita berjaya di negara ini kerana usaha mereka buka simpati dari bangsa lain di bumi sendiri.


Nota Kaki:
Menjerit tak semestinya marah, diam tak semestinya suka.

Labels:

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Soalan""

 

JOM TINGGALKAN JEJAK