Bercerita tentang "Mercun"
Photo ini Am rakamkan semasa isteri Am yang memandu, dia sibuk memandu Am pula sibuk ambil gambar. Akhirnya nampak samar-samar begini, sekali pandang unik pula, Am ini pelik sikit semua jadi unik pada Am. Samar-samar Original Upload from Samsung SGH-D500 BALING: Percubaan seorang murid Tahun Tiga untuk mengubah suai dua mercun bola bersama abang dan rakannya dipercayai untuk menjadikan mercun itu lebih kuat, membawa padah apabila tapak tangan kirinya cedera teruk, manakala lima jarinya terbakar. Ketika kejadian kira-kira jam 7.05 malam kelmarin, Mohd Dziauddin Mohd Noor, 9, yang belajar di Sekolah Kebangsaan Kupang sedang bermain bersama abangnya, Mohd Khairul Fatahi, 11, dan empat lagi rakan mereka. Berita lanjut di Berita Harian Online. Setiap kali musim perayaan inilah yang selalu kita dengar, mangsa mercun, ulang sekali lagi mangsa mercun bukan bunga api ya. Secara peribadi bagi Amlah, budak zaman sekarang ini terlebih pandai, suka mengubah suai tanpa ilmu. Ilmunya seciput sahaja tapi nak buat macam pro, akhirnya jari tangan yang jadi mangsa, kadang kala sampai muka yang hensem tergadai. Yang peliknya, mercun ini dari dulu dah ada, meriam buluh telah dimainkan sejak zaman ayah dan datuk kita lagi tetapi mengapa pula mereka tak hilang jari? Ini kerana mereka utamakan keselamatan tetapi sekarang ini mereka lebih utamakan keseronokan. Lagi satu yang pelik, sambutan hari raya sahaja berita-berita ini kerap didengar tetapi jika sambutan perayaan yang lain sangat kurang kedengaran. Mungkin dalam bab ini anak-anak melayu jauh lebih kreatif dari anak-anak bangsa lain. Kreatif yang tak kena tempat, akhirnya orang lain seronok beraya, dia dirumah sibuk membilang jari yang makin berkurangan. (kalau masih ada jari lagilah). Nota kaki: Cubalah kreatif bab belajar, bab berniaga kan ker bagus. Labels: Isu Semasa, Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Mercun""