eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Monday, June 12, 2006

Bercerita tentang "Hujung Minggu"

Terbakar


Dah lupa pula bila Am rakamkan photo ini tapi yang pastinya waktu pagi semasa hendak pergi kerja, nampak cantik langit pagi itu, gabungan langit dan bangunan itu nampak macam api di bumbung bangunan itu.

Sekarang ini ada banyak photo yang cantik-cantik Am rasalah dalam simpanan Am.

Terbakar...
Original Upload from O2 Xda II mini

Tiada apa sangat nak diceritakan pada hujung minggu ini, tidur lewat bangun awal gara-gara melayan Piala Dunia, Jumaat dan Sabtu semua perlawanan Am tengok, sampai sekarang masih mengantuk lagi.

Bagi Am setakat ini perlawanan Piala Dunia paling best setakat ini ialah perlawanan antara Trinidah & Tobago vs Sweden dan yang paling memboringkan ialah perlawanan antara England dan Paraguay. Paling best kerana perlawanan itu penuh dengan debaran dan daya tahan yang sungguh kental pasukan Trinidah & Tobago yang baru kali pertama layak ke pusingan akhir dan serangan tanpa jemu yang bertali arus dari pasukan Sweden, punya seronok Am tengok sampai ulangannya juga Am tengok lagi sekali. Memboringkan kerana cara permainan pasukan England dan Paraguay seolah-seolah bukan pasukan yang bertaraf dunia.

Terkilan sikit tak dapat tengok perlawanan pasukan pilihan Am Portugal, nak buat macam mana pukul 3.00 pagi, kalau tengok juga maunya Am mc hari ini hehehe. Nasib baik Portugal memang 1-0 ketas Angola, tak apa boleh tengok ulangannya.

Hari ahad sempat melayan Akademi Fantasia, seperti lagunya "Kerna Terpaksa" Karen dengan terpaksanya terkeluar dari persaingan AF4, alamak nak buat macam mana kan, walaupun Am memang harap dia boleh pergi jauh lagi sekurang-kurang salah seorang yang beraksi di final nanti, persembahan pelajar malas nak sentuh, banyak blog dah sentuh, cuma Am nak sentuh sikit pada para juri, Fran dan Bob tu macam tak buat "Homework" sebelum jadi juri, entahlah bagi Am mereka gagal sebagai juri. Suatu hari nanti kita patut wujudkan satu rancangan bertajuk "Akademi Juri"


Nota Kaki:
Bercerita sambil melayan mata yang mengantuk hehehe

Labels: , ,

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Hujung Minggu""

 

JOM TINGGALKAN JEJAK