Bercerita tentang "1,2,3 Lekuk"
Photo ini Am rakamkan dari pejabat Am, pelik juga Am kenapa photo ini boleh jadi warna ungu, mungkin kerana cermin dipejabat Am ini dilekat dengan plastik hitam kot. Semalam langit punyalah cantik tapi Am tak sempat rakamkan apa-apa photo kerana kemera dalam beg pula, lain kali akan sentiasa bersedia dengan kemera Am 1 Ada satu cerita Am nak kongsi disini, diceritakan kepada Am oleh orang yang bukan satu ugama dengan Am, Alkisah sewaktu bulan puasa, dia dan seorang kawan dia yang berugama islam sedang menunggu waktu berbuka puasa, dengan selamba kawan dia yang berugama islam itu makan sebelum masanya, kawan Am yang bercerita itu terperanjat dan bertanya. "U tak puasa ker?" Kawan dia hanya tersenyum dan teruskan makan dengan selamba. Ini satu dari beratus-ratus cerita, atau beribu-ribu atau pun berjuta-juta cerita benar diluar sana dimana kita sendiri menjatuhkan martabat ugama kita. 2 Kita bising bila negara Arab tak bersatu dalam menangani isu Palestine, Lubnan dan lain-lain lagi. Patutnya kita bertanya pada diri kita, kita ini bersatu sangat ker? Sepatutnya kita menunjjukkan contoh kepada mereka, kalau tak kepada mereka tapi kepada bangsa berugama lain dalam negara kita ini. 3 LEKUK Salah siapa? Perlukan kita salahkan mereka yang kita tahu akan gunakan apa sahaja untuk menguatkan ugama mereka atau kita sepatutnya menyalahlah diri sendiri yang tak pandai memilihara ugama sendiri ataupun memiliharanya secara sambil lewa?
Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "1,2,3 Lekuk""