Bercerita tentang "Wisel"
Photo pensil secara "Close-up" ini Am ambil minggu lepas, dah tak tahu nak ambil photo apa lagi, pensil pun pensillah, nanti letak photo sendiri kang over glamer pula. Rasanya hari minggu ini nak rakamkan photo-photo yang menarik, photo awan senja, cerah dan pagi tapi semua itu bergantung pada awam samada dia sudi atau merajuk nanti.. Sana sini dengar bunyi Wisel polis sekrang, banyak jalan yang ditutup pagi dan petang. Nasib baik dah naik motor sekarang, kalau tidak teruk juga Am melayan kesesakan lalulintas atau kalau tidak pun Am seperti dulu kena naik LRT. Bila fikir semua, glamer juga Malaysia ni ya, selalau jadi tuan rumah untuk berbagai persidangan namun kita tak cukup kuat dan berkuasa untuk mencegah penganas-penganas tu merosakkan negara orang lain. Membunuh kerana tersilap, alasan popular sekarang bila salah bom orang awam. Kalau silap jatuh kat negara sendiri lagi bagus.
Selamat berhujung minggu, semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan. Labels: Isu Semasa |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Wisel""