Photo ini Am rakamkan semasa bercuti minggu lepas, setelah sekian lama dapat juga Am lihat awan mebiru dengan cantiknya. Ada beberapa keping Am rakamkan, nanti Am akan paparkan disini.
Awan Biru Kembali.... Original Upload from Canon Digital IXUS 60
Denda tambah insurans -- JPJ kaji hukuman baru pemandu kerap lakukan kesalahan trafik Oleh S. ANAND KUMAR
KUALA LUMPUR 30 Nov. – Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sedang mengkaji cadangan untuk mengenakan kadar insurans yang lebih tinggi ke atas pemandu dan pemilik kenderaan yang kerap melakukan kesalahan lalu lintas.
Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Chan Kong Choy berkata, kadar insurans yang tinggi akan dikenakan apabila pemilik kenderaan yang sering disaman memperbaharui lesen kenderaan motor mereka.
‘‘Apabila kadar (insurans) yang tinggi dikenakan, pemandu atau pemilik yang melakukan kesalahan lalu lintas akan lebih berhati-hati semasa di jalan raya bagi mengelakkan tindakan berkenaan,” katanya. Seterusnya
Komen Am : Pertama Kalau difikirkan balik masih tak cukupkah lagi dengan hukuman yang ada sekarang. Pihak berkuasa lebih suka mengambil jalan mudah dengan mencipta satu hukuman baru padahal hukuman lama sendiri masih tidak dilaksanakan dengan sempurna. Mereka lebih suka kata kurangnya hukuman tanpa melihat adakah mereka sendiri telah melaksana semua hukuman yang sedia ada dengan sempurna dan tegas. Am takut akan jadi terlalu banyak hukuman tapi terlalu kurang perlaksanaan nanti Kedua Am setuju dengan pendapat FOMCA, kerana bagi Am jika naikkan insuran akan mengkayakan syarikat-syarikat insuran sahaja. Masaalahnya pada moral pemandu itu dan seperti yang pernah Am katakan dahulu mereka-mereka ini ada duit, peduli apa mereka dengan penambahan bayaran insuran yang setahun sekali itu. Kalau mereka tiada duit taklah ramai yang sanggup beratur panjang untuk membayar saman polis trafik. Am sangat pelik kenapa "Hukuman Sosial" masih tidak diambil kira oleh mereka walaupun banyak negara lain telah mengamalkannya. Adakah pihak-pihak berkuasa ini terlepas pandang atau mereka sengaja tak pandang ataupun mereka memang tak nak pandang Nota Kaki : Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.......
Labels: Isu Semasa |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Denda""
salam,
betul, org yg berduit tak heran ngan semua ni.yg penting bayar..pas tu buat lagi..tak de kesedaran.
Letak hukuman mati sekalipun pun tak akan berkesan kalau mentaliti dan tahap kesedaran orang kita tetap sama.
Letak hukuman mati sekalipun pun tak akan berkesan kalau mentaliti dan tahap kesedaran orang kita tetap sama.
Syikin:
Salam kembali Syikin, bagi Am hukuman sosial itu dapat menyedarkan mereka akan apa yg terjadi jika mereka tetap berdegil melanggar peraturan
BP:
masaalahnya bila dan separuh mati dan lumpuh sana sini baru nak sedar
hmm... biasanya orang wat kajian dulu baru cadang dan buat kan? skang ni buat dulu pastu baru laa nak kaji...
Itulah masalahnya Sas, terlampu rasa diri mereka bijak sangat