Selamat Untuk Semua
Hari ini tiada gambar nak dipaparkan disini kerana kamera digunakan oleh isteri Am, banyak photo awan termasuk photo awan dari dalam kapalterbang di dalam kamera tu. Mungkin lepas bercuti nanti Am akan paparkan disini. Hari ini berkerja dan minggu depan akan sambung bercuti selama dua minggu. Sebenarnya kerja hari ini semata-mata untuk melihat apa-apa benda penting yang datang. Nampaknya macam tak ada sahaja kerana banyak yang penting sudah disiapkan minggu lepas. Ok nak bercerita tiga perkara hari ini. Pertama, pasal Tol, sebenarnya walaupun Am marah Tol naik tapi jauh dusudut hati Am, Am tak kisah sangat kerana banyak kemudahan yang Am dapat dengan adanya lebuhraya berTol ini. Cuma Am tak sedap hati bila kerajaan kata mereka menanggung bebanan dengan Tol ini dan bebanan itu hendak dikongsi bersama rakyat yang memang sudah sedia terbeban ini. Bukankah duit kerajaan itu duit rakyat dan patut digunakan untuk kurangkan bebanan rakyat bukan membantu syarikat-syarikat besar yang bermasalah ataupun menampal semua jalanraya bertingkat yang rosak disebabkan oleh sifat ambil mudah kontraktor yang dilantik oleh mereka. Kedua, semasa di KLIA, ada satu pergaduhan antara orang yang nak sewa teksi dengan gadis di kuanter tu. Puncanya teksi tak cukup. Am sendiri kena tunggu lebih kurang 15 minit. Am tertarik dengan satu perkataan orang tu "Tahun depan nak buat tahun melawat Malaysia, kalau macam awak punya services, buat malu sahaja. Dulu ada teksi hantu tak lah susah macam ini". Memang banyak kebenarannya kata orang itu. Ini bukan kali pertama terjadi dan memang buat malu kalau terjadi pada pelancong-pelancong yang akan datang nanti. Ketiga, nak buat ucapan terima kasih kepada Abang Wahid dan isteri yang bawa Am berjalan-jalan di Penang walaupun kami baru kenal di kedai makan sahaja. Mulanya sekadar bertegur sapa, berbual rancak dan akhirnya dia ajak Am berjalan-jalan. Terima kasih sekali lagi buat Abang Wahid dan Isteri. Am ambil kesempatan ini untuk mengucapkan, Selamat Menyambut Hari Raya Haji, Selamat Tahun Baru 2007, Selamat bercuti, Selamat berkahwin dan Selamat bershopping untuk anak bersekolah nanti.
Labels: Isu Semasa, Jom Fikir, Ucapan |
JEJAK TEMAN DI "Selamat Untuk Semua"
Selamat Hari Raya Haji & Selamat Tahun Baru Am. Semoga Hidup kita lebih diberkati utk tahun2 mendatang... Amin ya rabbal a'lamin...
Amboiiiiiiiiiii lamanya cuti Am... selamat bercuti, selamat berhari raya aidiladha dan selamat tahun baru..
Salam ta'aruf.. kemasnya blog :) A'ah.. setuju sangat, duit kerajaan tu sebenarnya duit rakyat..
Dengan ihsan duit rakyat, kerajaan tu diamanahkan untuk mentadbir rakyat.. hasil kutipan cukai etc.. Bukan jadi kerajaan tu bermakna untuk menambah kekayaan peribadi..
Kongsi bebanan?? Wajarkah??
Banyak konsep dah di salah guna.. Cuba kita renung kepimpinan Saidina Umar dan para sahabat.. Mana silapnya kita??
salam aidiladha.. dan selamat thn baru masihi..
.tol..masih ada tol yg jalan berlubang..jalan tak proper.masih jem(bukanke tol tuk elakkan jem) ...entahla..susah nak kata
SJ:
Semuga kejayaan sentiasa bersama Sj ya....Amin...
Meera:
Dah balik dari bercuti ni Meera hehehe
Lin:
Mereka tahu cakap sahaja Lin tapi kurang merenung cara pemimpin terdahulu
Comei:
Sama juga buat Comei ya
Nuu_ol:
Sabar sahaja lah nuu_ol hehehe