eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Thursday, March 08, 2007

Bercerita tentang "Langkawi"

Awan.....
Photo ini ialah photo ikan pari, tidak berapa jelas pula ikan pari itu, ikan pari ini memang jinak dan punyalah seronok semasa berinya makan. Am memang gerun semasa hendak memberi ikan pari ini makan tapi tak tahu pula samada ikan pari ini gerun dengan Am atau tidak hehehe.

Ikan Pari....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Sepatutnya semalam Am paparkan entry ini tapi teruja sangat pasal pengetua baru AF tu terus terlupa pula hehehe. Sebelum bermula, Am ingin mengucapkan "Selamat Hari Wanita" kepada semua wanita yang berkunjung di blog Am ini dan juga kepada semua wanita didunia ini

Sebenarnya walaupun ini kali kelima Am ke Langkawi tapi Am rasa banyak pengalaman baru pada Am kali ini, mungkin kerana ada pemandu pelancong yang menerangkan benda-benda yang Am tak tahu atau mungkin kerana kali ini am tak memandu jadi pandangan Am tidak lebih tertumpu ke depan sahaja.

Menaiki bot untuk menyusuri pokok paya bakau ke tempat ternak ikan, Gua Kelawar, Gua Buaya dan memberi Burung Helang makan memang satu pengalaman yang amat menarik. Am memang tak pernah lihat kelawar seumur hidup Am, cuma dalam tv adalah semasa tengok cerita Batman hehehe, seronok memberi Helang makan juga mendengar bunyi anak helang dan paling seronok ialah memberi ikan pari makan. Tetapi Am tak berani sampai nak berenang dengan ikan pari tu, nanti kena tikam pulak macam sorang orang putih tu.

Seronok juga berjalan diatas jambatan gantung (terlupa nama sebenarnya) semasa menaiki kereta kabel yang sebelum ini tak sempat nak naik, bergambar dan melihat pemandangan dari situ memang menarik. Dari mulut pemandu pelancong tu, panorama waktu senja disitu memang cantik sekali tapi kami tak ada masa untuk menunggu waktu senja.

Cukup hormat dengan pemandu pelancong keran boleh ingat nama saintifik untuk pokok-pokok disana, boleh bercerita tentang sejarah batu, gunung dan boleh menjawap apa sahaja pertanyaan dari kami dengan baik dan lancar.

Walaupun percutian kali ini memang memenatkan tapi Am rasa puas kerana kali ini Am rasa Am dapat menyelami "the other side of Langkawi". 3 hari kami berada disana dan pada petang hari Isnin kami pulang dengan jemputan dari pemandu pelancong agar kami kembali semula untuk melakukan aktiviti pendakian pula, memang Am berminat tapi cuma waktu belum mengizinkan buat masa ini.


Nota Kaki :

Jumpa lagi Langkawi............

Labels: , ,

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Langkawi""

 

Blogger pu3Chempakabiru kata ... (March 08, 2007 3:49 PM) : 

wah Am! bercuti ke Langkawi ke... bestnya.... erm orang kedah sendiri pun boleh di kira berapa kali dah sampai ke Pulau Legenda tu... sebabnya mabuk naik feri... heheheheh padan muka aku... gunung yang ada kabel car tu namanya Gunung Mat Cincang.... ni yang buat rasa teruja nak balik kampung ni.. tapi cuti camne pulak... aduh.. bisa gawat sih... mahu berantakan di kantor andai cutinya ku mohon..... susah sih urusan dengan orang gedek.....

 

Anonymous Anonymous kata ... (March 08, 2007 4:15 PM) : 

saya baru pegi Langkawi ujung bulan 1 baru2 ni. Pegi dgn family, seronok juge, tp biase ler, pegi shopping jek, tak sempat nk p menghala ke arah cable car sana

 

Blogger Am kata ... (March 08, 2007 5:04 PM) : 

CempakaBiru:
Wah orang penting ya cempaka biru hehehe

Faizah:
dari 5 kali Am pergi, 4 kali tu semua shopping Faizah, yg sekali ini baru berjalan hehehe

 

Blogger Abang Long kata ... (March 08, 2007 10:22 PM) : 

belum ada kesempatan ke pulau lagenda tu ....

 

Blogger pu3Chempakabiru kata ... (March 09, 2007 10:10 AM) : 

hai Am.. tak lah sepenting PM kita.... heheheehehe cuma kala ini kekurangan kakitangan sahaja sebab sorang staff baru aje berhenti bulan lepas. So belum dapat pengganti... tu yang payah... lagi pun boss pulak sibuk ke outstation. Tu lagi menambahkan kesukaran untuk saya bercuti... biasanya kalau dia tak ada, dia harap saya ada... dan kalau dia ada pun, dia suka kalau saya pun ada... huhuhuhu tak aci kan... tapi nak wat camne....

 

Blogger Am kata ... (March 13, 2007 10:20 AM) : 

AbangLong:
Kena pergi tu AbangLong, ada kawan pejabat Am pun kali pertama pergi juga hehehe

Cempaka Biru:
Macam itu pula boss CempakaBiru ya hehehe, Kami kat sini bila boss ada mulalah ramai nak cuti, bila boss tak ada rasa merdeka hehehe

 

JOM TINGGALKAN JEJAK