Bercerita tentang "Kejam"
Kes 2 - Bunuh anak kerana tak tahan tekanan Kes 3 - Bunuh anak kerana suami nak kahwin lagi Apalah punya mak bapak, lain tak ada bunuh anak sahaja kerjanya. Kesihan anak yang masih kecil itu dan baru nak kenal kasih sayang ibu dan bapanya. Terfikir pula Am mengapa senang sangat mereka melepaskan pada anak-anak. Ada yang kata, mereka susah hati nasib anak mereka jika mereka mati dan anak mereka hidup. Mereka tak tahu ker Am sekarang sangat susah hati dan sakit hati dengan perangai mereka itu. Satu lagi mereka ingat mereka tu "Tuhan" ker tahu yang anak mereka akan hidup susah bila mereka tiada. Yang pastinya anak mereka memang hidup susah semasa mereka ada. Banyak cerita sebegini tersiar di akbar-akbar dengan jarang yang agak rapat membuatkan Am terfikir nilai kasih sayang sekarang. Kalau dulu kita kata ibubapa tiri begitu zalim tapi sekarang ini Am sendiri tak begitu pasti lagi kerana ibubapa "tulen" pun boleh bertindak jauh lebih memilukan lagi. Nasihat Am pada semua, jangan letak sedikit pun niat untuk berlaku kejam pada anak kita kerana dari sedikit niat itulah lahirnya perbuatan itu. "Hidup Mati Bersama" maaf ya, biar anak itu hidup......
Labels: Isu Semasa, Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Kejam""
Dalam dunia ni ramai orang psiko macam ni...
budak kecik, kalau bukan anak sendiri pun, tak tergamak nak buat cam tu..
gila la...tak cukup education la tu..
salam,
itulah kalau tngh marah giler. hilang kewarasan. menggunakan anak utk lepaskan geram. nanti, bila dia cool semula, dia akan tersedar..bila tu? wallahu 'alam.
yg pelik, napa anak dijadikan mangsa, napa tak lepaskan pada suami kot ya marah sangat pun..
Lemah iman... Lemah moral.
mmg byk kejadian begini skrg ni... apa telah terhakis kah perikemanusiaan? bak kata2 ini, binatang pun tau sayangkan anak...
Kena kembali kepada surah, kepada sirah. Bermuhasabah.
isk terok tul..anak tu harta yang paling berharga..anak yang tak bersalah dibunuh...kalo nak bunuh...bunuhla suami yg nak kawen lain tu=)) (huhu gurau je)....am n family pekaba? moga dilindungi Allah senantiasa yer..
moon:
tak tahu nak cakap dengan org macam ni moon
KakLong:
Anak tak melawan tu pasal berani kot kakLong
Pakteh:
Lemah segala-galanya Pakteh
Sastri:
silap2 mereka-mereka ini kena belajar dari binatang kot
BP:
ini jadinya bila nafsu jadi no. satu dalam diri
Cikscarlet:
Am & family sihat, cik scarlet apa khabar, lama tak dengar cerita
bungul tul org tu.. penat2 beranak, sampai hati bunuh anak sendiri. terlalu ikutkan hati & berkawan dgn setan.
Kalau tak nak anak tu, bg je kt org..ramai lg org lain bleh jaga.
Dia ingat dia terrer,buleh cabut nyawa org suka2 bile dia nak...
Saya kecewa betul bila org islam yg buat camni.Kalau cha ya nun alif tu, lantak dia la.. dia sembah patung.
tulah pasal SJ, kesihan datuk dan nenek budak tu, sedih mereka, kalau bagi pada mereka lagi bagus dari bunuh budak2 tu untuk tunjuk terror kot