AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Tuesday, February 27, 2007

Bercerita tentang "Tag"

Dah lama tak kena Tag ni, kali ini kena dengan Cempaka Biru dan Pakteh. Seperti yang pernah Am beritahu dahulu tujuan "Tag" ini nak korek rahsia tuan punya blog sebenarnya hehehe. Walaubagaimana pun Am akan jawab Tag ini sejujur yang boleh.

Bila fikir semula Am rasa Am dah jawab "Tag" ini suatu masa dahulu tapi semasa itu Tajuknya "5 Perkara Pelik Dalam Diri Am". Sekarang sudah 6 pulak ya hehehe.

Nasib baik minta 6 sahaja, kalau minta 60 maunya habis semua rahsia terdedah kerana tak banyak benda pelik yang Am rasakan dalam diri Am. Setelah ditapis 6 kali, di semak semula 6 kali, ditenung 6 kali dan karang semula 6 kali, inilah yang mampu Am dedahkan buat semua.

1 Mudah percayakan Orang - Kesatu (ayat anak Am) Am ini memang mudah percayakan orang lain, pelik betul kalau orang lain ambil masa bertahun-tahun untuk percayakan orang, Am jangan kata sebulan, 2 hari Am dah boleh percayakan orang. Kerana itulah berpuluh kali Am kena tipu masa bujang dahulu, bukan setakat duit tapi kena macam-macam lagi. Nasib baik dah kahwin ini isteri Am jaga Am, kalau tidak sah-sah kena lagi. Bila Am tahu Am kena tipu mulalah datang sifat kedua Am ini

2 Panas Baran - Jangan kata orang lain, boss Am sendiri pun perasan perangai Am yang satu ini, perangai ini memang dah lama Am nak kurangkan tapi kalau tengah panas baran dan Am sedar memang salah Am terkedu juga Am. Yang peliknya walaupun cepat panas baran tapi Am cepat "cool" balik kalau kena tempatnya. Ini menjurus pada sifat Am yang ketiga

3 Mudah Maafkan Orang - Am memang mudah maafkan sesiapa, hanya dengan perkataan minta maaf sahaja Am boleh maafkan dia dan silap-silap boleh bergurau balik dengan dia. Peliknya sampai Am boleh lupa yang dia pernah buat salah pada Am sehingga orang lain terpaksa ingatkan. Tapi sendiri mau ingatlah kalau asyik buat benda yang sama berulang kali dan mohon maaf dan masih tak insaf-insaf juga. Mulalah Am geram dalam diam. Am dah malas nak tegur dan marah lagi. Ini menjurus pada sifat Am yang keempat.

4 Pendam Perasaan - Selalunya dengan orang yang Am rapat dan marah dengan dia dan dia masih tak faham yang Am marah, Am lebih suka pendamkan perasaan Am, bukan kerana Am salah tapi kerana Am tak mahu bergaduh dan tak mahu pergaduhan itu berpanjangan. Terutama yang pergaduhan yang Am tahu susah Am nak menang kerana satu pihak lagi memang sentiasa menang hehehe, biarlah dia nak cakap dan fikir apa. Peliknya Am lebih jerit-jerit dalam hati Am tentang ketidakpuasan hati Am dari Am lafazkan dengan perkataan. Bila pendam perasaan terlalu banyak ini selalunya Am akan cari jalan lain untuk puaskan hati Am, ini mejurus pada sifat Am yang kelima

5 Cerita Kartun dan Komik - Pelik tapi Benar Am memang minat teramat sangat dengan kartun dan komik dari bujang sampailah dah kahwin ni, isteri Am memang menyampah dengan minat Am yang satu ni, sampai anak Am pun dah komen "Abah ni, asyik komik aja ya mama" Disamping tu cerita kartun kat tv pun Am layan juga terutama saluran animax. Sebut sahaja komik dari Hong Kong tu, semua Am tahu. kalau ada periksa tentu Am boleh dapat A1 hehehe. Kerana kerap sangat melayan kartun dan komik maka menjuruslah pada sifat yang keenam in…

6 Suka Berangan - Bukan apa bila sendirian Am selalu berangan Am akan berjaya naik kapal angkasa ala-ala "Star Trek" itu merayau diseluruh alam semesta ini dan berjumpa dengan bermacam-macam jenis makluk (kalau adalah makluk itu), ada juga berangan blog Am jadi blog paling top sekali (memang tak mungkin), berangan nak kahwin 4 pun ada juga hehehe. Namapun berangan tak salah kan…

Sebenarnya Am malas nak "Tag" orang lain ni tapi oleh kerana ini peraturan pemainan ini , hendak atau tidak terpaksalah Am senaraikan 6 orang-orang bertuah yang telah Am pilih. Ini menjurus pada sifat pelik yang baru ada dalam diri Am, Am tak tahu nak senaraikan siapa hehehehe

Pertama -
Kedua -
Ketiga -
Keempat -
Kelima -
Keenam -


Rules & Regulations: Each player of this game starts out by giving 6 weird things about themselves. People who get tagged need to write in a blog of their own 6 weird things as well as state the rules clearly. In the end, you need to choose 6 people to be tagged and list their names. After you do that, leave them each a comment letting them know you tagged them and to read your blog!


Nota Kaki :

Jangan marah kerana Am langgar peraturan ya, Am tak berdaya hehehe.......

Labels:

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Tag""

 

Blogger blackpurple @ jowopinter kata ... (February 27, 2007 10:57 AM) : 

Baru nak tag Am dah buat pulak. he he he.

Biasalah Am. Pelik bagi kita mungkin biasa bagi orang lain. Pelik bagi orang lain mungkin biasa bagi kita. He he he

 

Blogger pu3Chempakabiru kata ... (February 27, 2007 12:22 PM) : 

setiap yang pelik tu sebenarnya unik kalau orang lain cuba faham dan terkadang pening bila orang tak faham. Apa pun kita seharusnya bersyukur dengan segala yang ada pada diri kita. Tak kiralah yang pelik ke.. unik ke.. mudah ke..... semua itu sebagai pelengkap buat kita yang dipanggil INSAN. Jadi mana yang kurang dapat kita perbaiki dan yang lebih tu pulak kita awasi agar tidak menjuruskan diri pada riak... insyaAllah...

Psssttttt Am... leh share yang Lima tu... minat yang sama.... hahahhahahaha

 

Anonymous Anonymous kata ... (February 27, 2007 7:09 PM) : 

Part minat kartun tu... menarik perhatian pakteh. Saya dah tua ni, tak minat kartun dah. Nyanyi minat. Ala yg macam AF tu... & apa-apa persembahan pentas la. Terbaru ni... Raja lawak la pulak.

 

Anonymous Anonymous kata ... (February 27, 2007 7:36 PM) : 

jgn Tag HE dah la ye AM...byk lak kang rahsia terbongkar.heheheheh

 

Blogger Am kata ... (March 08, 2007 9:46 AM) : 

BP: hehehe tak ada rezeki nak tag Am kali ini

CempakaBiru: minat komik juga ya, ok jom tukar-tukar koleksi hehehe

Pakteh: tak boleh nak lari dah pakteh, org kata tu dah terjebak, minat gila hehehe

HE: memang ada niat nak Tag pun HE, tapi tak berdaya hehehehe

 

JOM TINGGALKAN JEJAK