Bercerita tentang "Tag & Rasa Bersalah"
Kena Tag lagi, kali ini dengan Aida/NotaDairi pula, Tag yang lain dari yang lain hehehehe. Kata orang wallpaper mengambarkan tuan punya pc tu, mungkin betul kerana Am memang gemar melihat awan tu Resolution : 1024 by 768 pixel (right clik/properties/setting) Baginya sebab utama ialah kerana "Tiada Rasa Bersalah". Am sangat setuju dengan pendapatnya, memang betul itu bila kita tiada rasa bersalah kita akan buat apa sahaja tanpa berfikir apa akibatnya. Walaupun nyawa orang jadi taruhannya kerana bila tak wujud perasaan itu mereka tak kira apa yang mereka lakukan, janji mereka gembira dan puas dengan apa sahaja yang mereka lakukan. Am rasa perasaan tiada rasa bersalah inilah yang makin berkembang dalam jiwa ramai orang sekarang, bukan sahaja diluar negara tapi di negara kita sendiri. Atas sebab itulah jenayah makin meningkat, rasuah makin tak terbendung, akhlak remaja makin menurun, salah guna kuasa dan banyak lagi. Mereka lakukan dengan selamba sahaja kerana mereka rasa tak bersalah dan rasa tak bersalah pada sesiapa Tergelak Am bila fikir balik, kadang kala kita fikir satu masalah itu begitu besar dan terpaksa wujudkan berbagai undang-undang baru tapi sebenarnya kita terlupa nak mencari sebab asal masalah itu.m Kita terlalu lekam nak menghukum tanpa kita sedari mencegah dari ia bermula amat berkesan dari menghukum. Itulah kelemahan kita yang terbesar, kita terlalu taksub untuk menghukum padahal kita terlalu leka untuk mencegah benda-benda itu dari bermula. |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Tag & Rasa Bersalah""
Setuju. Kalau dari perspektif kita yang beragama ni, mungkin boleh ditambah, "sebab tiada iman.."
Selamat bercuti...:D
betul, betul. sy pun sokong :)
satu ajer cara nak buat bagi mereka ini rasa bersalah, hukuman yang setimpal..cuba bayangkan apa yang dilakukan oleh mereka terjadi kepada diri sendiri,
kerana tiad ras bersalah itu, nyawa manusia semakin murah harganya atau mungkin tiada berharga sama sekali...
kita selalunya bukannya mencari punca masalah, kita hanya melihat simptom dan melakukan tindakan terhadap simptomnya sahaja..makan masalah masih terus berlaku...
BP:
itu pun salah satu juga tu
Carneyz:
seronok ada penyokong hehehe
fysal:
Setuju dengan pendapat fysal tu
Sastri:
10 atau 20 tahun lagi mungkin nyawa ini tiada harga lagi Sas
HE:
Semua nak berlumba siapa dapat selesaikan masalah bukan cari punca masalah dan selesaikanya sekaligus