Photo ini Am rakamkan pada jumaat lepas semasa balik kerja kalau tak silap, bising isteri Am semasa Am merakamkan photo ini, "sempat juga" kata dia. Am tak tahan tengok awan tu lawa sangat
Awan Senja.... Original Upload from Canon Digital IXUS 60
Malam tadi sibuk mengisi borang Cukai, ooooops pembetulan sikit, isteri Am yang sibuk mengisi borang Am dan dia sekali. Am rasalah kalau Am isi sendiri maunya entah pa yang Am isi. Am tengok arahannya pun sudah pening kepala belum lagi isi borang tu. Ingat nak hantar borang melalui E-Filling tapi ada kawan Am beritahu baik hantar cara biasa kerana dia kata server mereka perlahan habis sekarang kerana ramai yang cuba hantar melalui E-Filling sekarang.
Blogger Kick Start Sedikit update mengenai Blogger Kick Start. Tugasan minggu ke tiga agak berlainan dari mana-mana tugasan yang Am pernah tengok, mereka perlu mengekprestasikan gambar hiasan dalaman (interior image) yang telah ditetapkan kepada setiap perserta, dalam bentuk cerita ataupun pengalaman sebenar tidak kurang dari 1000 perkataan. Seperti biasa para perserta dimestikan menyiapkan tugasan mereka sebelum pukul 2 hari Khamis ini.
Nota Kaki : Besok tak cuti, sedih betul hehehe............ Sengaja tukar Banner "Bendera Malaysia" semperna pertabalan yang Pertuan Agung kita
Labels: Blogger Kick Start 2007, Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Cukai""
Wah ...siap pasang sekretari tolong isikan tu.... :D
hai am..
tima kasih sudi singgah jugak ke blog saya..anyway, saya tersinggah ke blog ni sbb saya mmg suka cari blog yg menarik, kandungannya ada info, gambar2 lawa, dan pglman yg best2..lagipun blog am ni ader lagu..boleh layan..overallnya, rekaletaknye pun menarik...dan kreatif.
saya suka gambar backshot budak atas perahu...tapi jalur gemilang pun menyemarakkan lagi smgt patriotik..heheh
tahun ni bayar cukai boleh tahan banyak, huhuhu...
BP:
Bukan secretary BP, marah dia dengar nanti hehehe, pembantu suka tak rela hehehe
bagaikanpu3:
Terima kasih kerana sudi singgah di blog Am ini pu3, biasa sahaja blog Am ini, ada blog yang lebih menarik lagi, Jalur gemilang tu sebenarnya semperna pertabalan yang dipertuan Agung baru kita
Sastri:
Banyak bayar maksudnya banyaklah masuk tu ya hehehe