Photo ini Am rakamkan semasa dalam perjalanan nak menghadiri msjbox gath hujung minggu lepas, sebanarnya awan taklah gelap sangat tapi tak tahu kenapa bila dirakamkan jadi gelap macam tu pula
Awan Gelap.... Original Upload from Canon Digital IXUS 60
Semasa dalam kereta ke pejabat tadi isteri Am ada cerita, semalam dia baca dalam akbar yang ada perempuan bersalin didepan rumahnya ditemani suami dan polis kerana hospital yang dihubungi untuk kemudahan Ambulan tak dapat memberikan Ambulan atas alasan yang remeh temeh. Bagi mereka alasan tiada pemandu itu sudah cukup besar tapi bagi Am remeh temeh. Kalau satu hospital tak pa ini 3 hospital dengan alasan mereka sendiri. Bagi Am banyak lagi alasan yang remeh temeh yang diberikan oleh hospital swasta ataupun kerajaan yang mereka sendiri tahu itu bukan alasan tapi sekadar menutup kebodohan diri sendiri. Yang menjadi mangsa ialah kita sebagai rakyat yang selalu terlalu percaya akan pertolongan mereka diwaktu-waktu kecemasan.
Akademi Fantasia Dah lama tak bercerita pasal AF ni, kadang kala Am nak tergelak bila ada yang kata AF ini satu pentas pertandingan Vokal kerana bagi Am secara peribadilah, AF tu ialah satu pentas pertandingan siapa popular dan siapa yang berjaya mencuit hati pengundi dialah akan bergelar juara. Walaupun vokal juga dipandang tapi itu hanya alasan kedua, ketiga atau keempat untuk mereka mengundi pelajar itu. Jangan salah anggap dengan apa yang Am kata kerana selagi ada undi sms, program apa pun tak akan betul-betul berjaya melahirkan pemenang yang benar-benar menang dari segi vokal kecuali Jac dalam Malaysia Idol 1 dahulu.
Blogger Kick Start Sedikit update mengenai Blogger Kick Start. Tugasan minggu ke empat ialah "Kalau saya pengurus artis kepada Dafi AF5, strategi dan perancangan saya untuk kerjaya seni Dafi supaya beliau akan melangkah dengan gigih dan menjadi seorang artis rakaman yang disegani adalah seperti berikut." "Entry perlu dilengkapkan dengan gambar-gambar Dafi yang sudah diubahsuaikan/diphotoshopkan (seumpama album cover)." Dah agak dah tentu ada tugasan yang sebegini nanti tapi tak terduga yang Dafi yang menjadi pilihan. Ada kelainan sedikit kerana masa tamat tugasan dilanjutkan pada sebelum pukul 2 petang hari Jumaat iaitu hari inilah.
Nota Kaki : Selamat berhujung Minggu, Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan............ Labels: Akademi, Blogger Kick Start 2007, Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Remeh Temeh""
Isk isk... ambulan pun kasik alasan? tak terfikir ke, kalau tipu, dahtu dalam keadaan org memerlukan, berkat ke rezeki dia tu?
lor...ambulan kan utk kecemasan..selalunya ada stand by driver...entahlah..tak kena batang hidung sendiri...
psl AF tu Am...semua utk komersial je..
Tak berapa nak suker tengok AF kalini.
Rasanya lepas ni ASTRO kena rehat dulu...DUa tiga tahun baru buat semula
Kebanyakan 'Reality Show' di TV tu semua sebab komersial. Sebab duit. Seni dan bakat nombor dua.. :)
Aura dah semakin menipis la AF ni. Mood untuk layan pun dah hambar jer.