Bercerita tentang "Ibu"
Am pernah bertanya pada isteri Am "Adakah ibu yang tak sayangkan anaknya" Tak perlulah Am beritahu apa jawapan isteri Am tentu semua sudah tahu jawapannya, setiap ibu sayangkan anaknya termasuk ibu kucing juga. Tak payang ambil contoh jauh, cukup Am pandang emak Am, emak mertua Am dan isteri Am. Lama sikit anak mereka tak telefon mereka akan mula risau, lambat anak balik sekolah mereka akan tunggu sehingga anak itu muncul, beli apa pun dia tetap akan teringat untuk beli sedikit benda untuk anaknya dan paling mudah mereka akan menyebut nama anak mereka paling kurang pun sekali sehari. Oleh itu janganlah kita anak-anak terdetik waluapun sedikit untuk menyatakan bahawa ibu kita tak sayang kita, walaupun seburuk mana ibu kita dia tetap sayang kita dan walau seburuk mana ibu kita pun kita ada tangungjawab terhadap mereka. Mereka tak jaga kita semasa kecil bukan alasan untuk kita tak menjaganya bila dia tua. Am ambil kesempatan ini untuk mengucapkan "Selamat Hari Ibu" teristimewa buat Emak Am, Mak Mertua Am dan Isteri Am juga seterusnya buat semua ibu-ibu di Malaysia maupun seluruh dunia. Sumbangan LirikLagu.com Nota Kaki : Labels: Ucapan |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Ibu""
Selamat Hari ibu untuk semua ibu ibu.
Ada makan makan ker hujung minggu nie??
Mana tahu kot Am abik alih tugas tugas seorang ibu utk sehari itu?
Selamat... selamat... :D
selamat ari ibu buat am.
ahahah
*lama tak dtg sini*