Bercerita tentang "Blog"
Amaran Najib kepada pengendali laman web Oleh HAMDEN RAMLI dan AZMAN IBRAHIM KUALA LUMPUR 24 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran kepada pengendali laman web dan wartawannya bahawa mereka tidak akan terlepas daripada undang-undang negara. Timbalan Perdana Menteri menegaskan, walaupun kerajaan memberi kebebasan untuk rakyat menulis dan menyuarakan pandangan tetapi kebebasan itu ada hadnya. ‘‘Mereka mesti bertanggungjawab kepada laman web yang dikendalikan dan tidak menganggap sikap toleransi kerajaan sebagai lesen untuk menyiarkan apa sahaja atas nama kebebasan bersuara tanpa memikirkan kesannya kepada masyarakat,’’ ujar beliau. Najib berkata, kerajaan yang bertanggungjawab ke atas kesejahteraan masyarakat tidak akan membiarkan sesiapa mengganggu-gugat perpaduan dan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat. ‘‘Walaupun kerajaan begitu toleran terhadap pendirian antikerajaan dan kritikan yang dibuat dalam laman web, kita amat bimbang kepada kenyataan yang menghina agama dan berbau perkauman sehingga menimbulkan keresahan dalam masyarakat,” katanya. Selanjutnya... Komen Am: Berhati-hatilah semua, sudah banyak kali amaran keluar...... Labels: Blog |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Blog""
hmmm...
berhati-hati semasa menulis dan mengomen? what happen to freedom of speech?
Kadang-kadang kebenaran dan kejujuran di sebalik cara berekspresi itu yang disalah ertikan.... :)
Kadang-kadang kebenaran dan kejujuran di sebalik cara berekspresi itu yang disalah ertikan.... :)
sy sentiasa menjaga jari sy tiap kali menaip..huhu...saksi kat akhirat tu ...
kadang kala blog di salah anggap sebagai medium penyebaran dakyah, padahal..pada asalnya..ia hanya catatan peribadi dan luahan rasa hati peribadi... kepada yang membca sudah tentu bijak menilai untuk menentukan mana yang baik dan mana yang buruk...