AbahMuda@Am


AbahMuda@Am


AbahMuda@Am



BLOG TEMAN
Abah_Muizz
Abiumar
Abu Naqibah - Dairi Abu Naqibah
Acai
Activ8ions
Acukk77
Acukk77 New
Aflin Shauki : Inside My Head
Afzan
Adinda
Aida Diarikecil
Aida NotaDairi - Blogdrive
Aida NotaDairi - Blogspot
Aidil
Aishah - Berlindung dibalik Awan
AKO Tetap AKO!!
Ako!
Ako! The Latest
Alyza
Anakomak
Anangku
Anim
Arddayu
Arisa-Putri
Ayu Sayang
Aza
Azhan
Azhan Workpress
Azuna Online
BabyDiana
Budak Sekolah
Bang Long
Bat - InfoMalaya Blog
Bunda Shafiya
Carneyz
Cempaka Biru
Chika
Chot Blogspot
Chot Wordpress
Cikgu Online
Cik Scarlet
Cik Pudica - Semerah Cintanya
Ct
Cute-SmiLy!
Cyclips
Dealova
Diane
Dingy
Dingy Blogsome
Dingy Bloggoing
Downforce
Ducks - M-Ralducks
East Blogdrive
East Blogspot
EedaHakim - Bicara Siti Suraida (Petua)
Elly
Faizah
Faizzah
Faizzah New
FaizulZone
Farah - Bila Cinta Terhubung
Fysal - Cyberstar
Fysal - Mfi06
Fysal - Jendela Duniaku
Fysal - In My Life
Geargie
Gurisanintaglio
Hana
Blog Seni HE
Blog Seni HE - New
Blog Seni HE - Wordpress
Honey
Huda
Iemah
iEn
iEn Komuniti
Iera
Iirah
ilynn - Pemikir, Penulis & Perempuan
Imah Cumel Library
Inamaroon
Irmanrahaban
Iyandz
Iziana
Jaja
Jaja Comel
Jiji
JiwaKacau
JiwaRasa
Jowopinter
Jubeiz
Junaidix
KakAyu
Katarsis
Katarsis - Diari.Seorang.Lelaki
Kadok
Kadok Sebuah Cerita Kehidupan
Kasawari
Kasih
Kicap
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie - Dari Baling Ke Serendah
Kujie New - Hidup Biar Sedap
Kmx
Knockturnal
Kunang
Kuncup
Kuncup New
Lin
Lizza
Luna
Madi Insan Seni
MamaJambu
MamaShahmi - Teguh Berdiri Disini..
Mazudi
Mazudi.com/Life.Notes
Underfine Me
Meen Blogdrive
Meen Blogspot
Mely
Meera - Rentak Kehidupan Meera
Mimie
Mimpi Sedih
Mizi
Mohd Imran
Mohd Ismail
Moon
Nadhirah Lifelogger
Nadhirah Blogspot
Nagacute Blogdrive
Nagacute Blogsome
Narish
Narish2
Neezie
Neezie 1/2 Waras
Nieys Blogspot
Nieys Wordpress
Nieys - nieyszahri.com
Nizam Zakaria
Noamie
Nora
Noush
Nurul - Di Mana Spek Cinderella
Op - Fikiran Dlm Kembara
Pee Bee Blogdrive
PeeBee Blogspot
Pengkritik Blog
PK
PuteriSatu - Luahan Ku
Redza
Rick - Bro Rickwan Melaka
Ryzal
Sama-Sama
Sanchai
Sastri
Seek4soul
Sejuk
Selipar Jepun
Shai Blogdrive
Shai Blogspot
Shai Blogsome
Sharida
Sharidatk
Siti
Snow White
Sodep
Sodep.net
Syikin
Syikin - Wanita dan Keluarga (2007)
Syikin - Wanita dan Keluarga (2008)
Syira
Syi
T - Story of My Life
TaufikSM - Hiburan & Informasi
Topek
Topek - Diari Hidupku
UMIe
UstazMuda
VM
Yatt
YezzeR
Yna
Yna1
Zali
Zalisa - Dunia Hatiku
zzzss
BLOG BERNISAN
PakTeh - Diari 2004-2006
PakTeh - Sembang2 Warung Kopi
BLOG BERKAITAN
Yusof Family's Official Blog

BLOGER IDOL
BloggerIdol
RedMummy - Juara 2006
BilikIni - Tempat Kedua
NadhirahN - Tempat Ketiga
AffyRonan
Archmal
CatWalk
Duyong
Ian
Natasha
Izzu
MPijan
Samasam
UjangMD
Y2Gay
BLOGGER KICK START
Blogger Kick Start
Bro Rick
Intan
Katarsis
Noush
Syawaludin
Kurt_Kuden - Out Week 5
kriesz - Out Week 4
mourieys - Out Week 3
Milla - Out Week 2
Zila - Out Week 1
RedMummy - Juri Tetap


SAJAK BUAT PERHENTIAN
Diperhentian ini
Ada satu cerita
Tentang uda dan dara
Menjeling, bermesra dan berjanji
Tapi menangisnya juga disini
Berpisahnya juga disini

Diperhentian ini
Kulihat... anak itu terjatuh
Luka siku dan keningnya
Menangis belas ibunya

Diperhentian ini
Aku tersenyum
Merenung dia dan hidupnya
Mereka dan kehidupannya
Kerana diperhentian ini
adalah permulaannya
mungkin juga....penamatnya.

Am@AbahMuda 2006


Geng Jurnal

Photobucket.com image hosting and photo sharing Photobucket.com image hosting and photo sharing

Powered by Blogger

eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Tuesday, January 30, 2007

Bercerita tentang "Mesyuarat & Bola"

Lilin
Masih lagi memaparkan Photo awan di Pulau Pinang, Am kalau mesyuarat di Pulau Pinang, mesti akan ambil photo disini dan paparkan di blog Am ini, kebetulan tempat ini didepan hotel tempat Am menetap di Pulau Pinang sahaja.

Pantai....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Sekarang ini Am banyak sangatlah pulak Mesyuarat, semalam dah bermesyuarat, besok pula ada mesyuarat lagi, minggu depan pun ada mesyuarat lagi. Letih betul bila banyak sangat mesyuarat ini. Ini kurang, dulu Am pernah ada 3 mesyuarat dalam seminggu untuk syarikat yang berlainan.

Am ada petua untuk buat mesyuarat itu habis cepat, banyakkan perkataan "No Problem" hehehe. Dalam mesyuarat semuanya no problem, bila keluar barulah "problem" sana dan sini.

Sedikit cerita tertunggak tentang bola, walaupun Malaysia gagal ke akhir, Am agak bangga dengan mutu permainan pemain Malaysia, cuma sangat geram pada sorang pemain pertahanan yang mengulangi kesilapan yang sama sehingga Singapura berjaya menjaringkan gol penyamaan. Sama seperti pusingan pertama, sentuhan penyudah bahagian serangan kita masih kurang lagi.


Nota Kaki :

Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan........

Labels: ,

Friday, January 26, 2007

Bercerita tentang "Bola"

Lilin
Masih lagi memaparkan Photo awan di Pulaua Pinang, cuma kalai ini photo awan semasa Am bersiar-siar, kalau betul-betul perhatikan photo ini, ada pantulan gambar teksi di awan biru itu. Entak macam mana boleh jadi macam itu pula heheheh

Awan Biru....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Malam besok perlawanan pusingan kedua separuh akhir piala Asia. Am lihat menarik juga permainan pasukan Malaysia pada pusingan pertama, nampak dah banyak peningkatan dengan hantaran lintang yang tepat dan membahaya. Namun begitu Am lihat pasukan kita masih kurang pasa sentuhan penyudahnya. Jika sentuhan penyudahnya lebih tajam dan mengamcam, Am rasa kita boleh menang dengan Singapura nanti. Apa-apa pun Gol Malaysia itu memang cantik sekali, bukan sahaja penjaga gol Singapura itu tertipu, Am pun tertipu juga.

Harapan Am agar bolehlah pasukan Bola kita masuk "Final", dah lama rasanya kita tak menyokong pasukan kita di Final.


Nota Kaki :

Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan........

Labels:

Wednesday, January 24, 2007

Bercerita tentang "Blogger"

Lilin
Photo ini juga dirakamkan semasa Am di Pulau Pinang untuk bermesyuarat, kalau semalam photo ditengah-tengah jambatan, yang ini pula selepas itu


Awan Jambatan....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Terdengar berita pagi tadi yang kerajaan tiada minat untuk menyekat Blogger tapi akan menambil tindakan pada Blogger yang membuat fitnah. Rasanya ini akan memberi kelegaan kepada ramai Blogger terutamanya Am. Namun begitu Am rasalah jika para Blogger tak pandai menjaga blog mereka tak mustahil suatu hari nanti Blogger akan disekat.

Am harap para Blogger akan lebih bertanggungjawab dengan apa yang mereka tulis, bukan setakat tulis membabi buta sahaja dan memberi alasan itu "Blog dia ikut sukalah apa dia nak tulis". Akhirnya kerana segelintir manusia yang sebegini semua Blogger terpaksa menangung akibatnya.


Nota Kaki :
Aduh.....masih sibuk lagi........

Labels: ,

Tuesday, January 23, 2007

Bercerita tentang "Sibuk"

Lilin
Photo ini dirakamkan semasa Am di Pulau Pinang untuk bermesyuarat, ini photo awan di jambatan Pulau Pinang. Tersenyum sahaja pemandu kereta itu pada Am. hehehe


Awan Jambatan....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Sibuk sejak kebelakangan ini menyebabkan jarang dapat menulis walaupun banyak yang hendak ditulis dan dikongsi dengan rakan-rakan semua.

Semalam ada rakan lam berYM dengan Am, cerita beberapa cerita termasuklah cerita seorang teman yang menyamar dalam YM untuk mengoda gadis-gadis dan isteri orang. Penyamaran terbongkar bi IPnya berjaya dikesan dan ada yang nak buat laporan polis. Terperanjat juga Am dengar cerita-cerita begini.

Bagi Am sebaik mana kita menyamar akan terbongkar juga kerana benda-benda IT ini sentiasa ada rekodnya. Kalau tertangkap buat benda baik tak apa , ini benda tak elok, kalau terus beginilah rasanya nanti YM pun kena berdaftar dengan kerajaan.


Nota Kaki :

Hari sibuk sedunia sudah bermula heheheh........

Labels:

Friday, January 19, 2007

Bercerita tentang "Tabiat"

Awan
Satu lagi photo atas awan, semasa ini dah dekat nak sampai KLIA, awan dan nampak mendung sedikit, Am ingatkan nak hujan risau juga Am masa itu. Nasib baik bila sampai di KLIA hujan masih tak turun.


Atas Awan....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Beberapa hari yang lepas Am kena hon dengan seorang pemandu dengan muka yang masam dan mulut yang meleter hanya kerana Am tak jalan semasa lampu trafik masih MERAH. Mereka marah kerana Am kena jalan dulu barulah mereka boleh jalan walaupun lampu merah masih menyala. Malas nak layan Am terpaksa berganjak ketepi memberi laluan pada mereka untuk melanggar peraturan jalanraya.

Kadang kala Am lihat payah sangat orang kita nak ikut peraturan jalan raya dan ada pula yang memaksa orang lain melanggar peraturan jalan raya supaya mereka yang dah biasa melanggar peraturan itu boleh terus melakukannya. Mereka ini seolah-olah hendak mengajar orang lain melanggar peraturan.

Tentu ramai yang kata, jika dia tak buat tentu ramai lagi orang lain yang akan buat tapi masalahnya kalau kita tak mula dulu mematuhi peraturan siapa nak mula, takkan kita nak harapkan generasi yang akan datang mulakan, kemudian generasi yang akan datang pula mengharapkan generasi yang akan-akan datang mulakan pula. Sepatutnya kita kena faham generasi kita inilah sepatutnya menjadi tauladan pada generasi yang akan datang. Kita suruh anak kita mematuhi segala peraturan tetapi pada masa yang sama didepan dia kita langgar peraturan. Berkesankah apa yang kita ajar pada anak kita itu?

Satu lagi alasan yang biasa dengar ialah SELAMAT melanggar peraturan semasa waktu itu, ini bukan masalah selamat atau tidak tapi ini peraturan, kalau nak ikut selamat, memandu perlahan sebelah kanan itu selamat tapi kenapa kita marah dan suruh yang perlahan itu memandu disebelah kiri. Takkan bila dah cedera sana sini baru nak tahu rupanya tak selamat.

Secara peribadi Am rasa ini semua adalah "Tabiat" yang tak baik pada diri, bukan Am nak kata Am ni bagus sangat tapi Am rasalah jika kita hendak mula membersihkan tabiat buruk dalam diri kita mulakan dengan benda-benda ini dulu. Satu hari nanti kalaupun tak 100% tabiat buruk itu dapat dikikis mungkin kita berjaya mengikis 60% ataupun 90%.


Nota Kaki :
Selamat menyambut Maal Hijrah 1428H kepada semua pengunjung Blog Klinik Minda.......

Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.....

Labels: ,

Thursday, January 18, 2007

Bercerita tentang "Anak"

Awan
Satu lagi atas awan, nampaknya Am akan habiskan koleksi photo atas awan dalam simpanan Am dulu baru letak photo awan lain pula. Lepas gian pasal tak tahu bila lagi Am akan dapat merakamkan photo atas awan ini.


Atas Awan....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Anak : Mama, kita rasa kita dah jatuh cintalah
Mama : haaaaa, dengan siapa
Anak : dengan Siti..... Siti Nur Alia
Mama : Laaa pergi sekolah belajar, jangan kacau anak dara orang
Anak : Ok.... (dengan senyum malu)

Am rasa dia bukan nak kata cinta tapi dia nak kata dia suka si Siti tu tapi dia tak tahu macam mana nak cakap. Entah siapa yang anak Am tiru, nak kata Am tak juga pasal Am tak bercinta masa darjah satu 1 hehehehe

Ada tanya dia, macam mana rupa budak Siti tu, dia kata pakai tudung hehehe. Patutlah sejak kebelakangan ini rajin sebut nama Nur Alia sampai kalau ada adik pun nak letak nama Nur Alia, rupanya ada Udang Sebalik Batu.


Nota Kaki :
Gembira "MsjBox" dah online kembali.......

Labels:

Monday, January 15, 2007

Bercerita tentang "Buat Duit"

BUAT DUIT DENGAN HANYA BACA EMAIL DAN KLIK BANNER!!!

TAK PERCAYA ??? Ini percuma tapi kena rajin la klik iklan. Nak duit Rajin2 lah sikit klik iklannya. Ini percuma tak payah bayar....1 sen pun.

Firstly, saya nak kenalkan korang ngan satu website yang membolehkan korang sumer dapat extra money.. x kire la korang student ker, dah keja ker @ mganggur...sume bleh dpt. BARU SIGN UP je dah dapat BONUS USD800.. ni dlm nilai USDollar, kalau dlm Ringgit M'sia dah RM2000 lebih..cube la korg bygkan sdiri...byk giler!

(Tak perlu keluar MODAL 1 sen pun, TAKKAN RUGI, SIGN UP FREE, dapat BONUS $800 lagi direct ke account lepas sign up) Korang sumer hanya perlu SIGN UP!!

Kitorg buat ni pon smbil2 je....nak cr duit lebih2 sket dan surf punyer surf jumpe la website ni Lps sign up, kitorg try2 la tgk account tu..punyela tkejut beruk..dlm smggu je dlm account kitorg tetibe dah ade USD$1000 iaitu RM4000..

Korang ikut steps yg kitorg dah translatekan dlm bhs mlayu bg menyenangkan korg. sbb bhs diorg guna tu bebelit sket..pdahal steps die mudah je. okeh! X nak buang mase lg.. tgk dulu steps die k..


CARA-CARA NAK DAFTAR?.Steps dia mudah jer...

1. Korg klik dekat link ni atau banner kat bawah ni

http://numenmail.com/pages/index.php?refid=abahmuda

2. Klik kat 'Sign Up.' (Sebelah kiri website tu).

3. Taip alamat email korg. Nnt diorg akan send kt email korang utk sahkan.

4. Tutup (Close) laman tu.

5. Pastu..pergi tgk kat email korang. akan ade pkataan ni. ' numenmail.com . sign up URL'. then, 'Click'.

6. Kat ctu ade 2 link. korg klik je kat link yg pertama tu.

7. Lepas tu, akan keluar laman . numenmail.com yang mula2 korang taip alamat email korang tu.

8. Klik dkt 'Sign Up'.

9. Isi borang dia bagi di bahagian Referrer tulis abahmuda

10. Sampai dkt cara nak bayar..korg pilih je melalui 'Check'.

11. Lepas isi..klik kat 'Sign Up'.

12. Masukkan Username ngan Password yg korang tulis dlm borang td.

13. Kat ctu korg akan nmpk account korang dlm tu ade $800...haaa, betulkan kitorg ckp td?

14. Then, klik dkt 'paid2click' .

15. Kat ctu akan ade 7 banner. Stiap 1 banner korg klik, account korg akan btambah $10.00 @ RM40.00... utk klik banner ke 2 tggu smpai dia abis surf (lbh kurang dlm 30 saat.

16. Klik smpai abis.

17. Klik kat 'Earnings stats'?

18. Tengoklah berape korang dpt dgn hanya klik kat banner.SENANG KAN ??!!

19. Utk tambah duit korg dlm account tu..korang just invite mmber dgn 1st step korg msk td? just tulis dia nyer email.

20. Setiap hari pastikan korang klik dan baca iklan yg dia hantar ke email korang atau pun buka terus akaun korang yg dah berdaftar dgn numenmail.com dan utk bu! ka akaun , klik kat "member sign in" dan masukkan username dan password korang sebelum ni. Kemudian klik kat "Your Inbox" dan klik setiap iklan yg tersenarai kat situ. Setiap satu iklan/email tu mengambil masa kira-kira 200 saat atau lbh kurang 3-4 minit. Lps tu baru close dan buka iklan yg lain.Setiap iklan/email tu bernilai US$200 Dollar atau lbh kurang RM700.00 duit Malaysia..tak nak ker???...

21. Utk tahu jumlah duit korang yg terkumpul, klik kat "Earning Stats".


HARUS DIINGAT!!!!

Jgn risau, duit yang korang dapat ni HALAL?.ni atas usaha korang nak dpt duit tu, korang tlg PROMOTE WEBSITE DAN SPONSOR2 numenmail.com, so numenmail.com bg la KOMISEN kat korang.

Same je kalau korang jual barang dr umah ke umah, cm jurujual..tlg kempen barang? kalau dapat ramai pelanggan, syarikat akan byr lebih komisenkan?? ..same je kan ? ni zaman ape?? korg sggup ke menjaja dr umah ke umah????skrg zaman ni e-Bussiness ler? x yah penat2 dok jln sane sini..tebalkan muka promote brg kat org. Kalau org nak beli.. okla kan, bebaloi ngan penat?klau org x nak beli??cmner?..x ke membazir air liur jer.

Kat sini JUST SURF WEBSITE diorang,..kire TLG PROMOTE brg2 diorang la. Dan korang dpt komisen? cmtula al-kisahnyer? faham btol2 yer. numenmail.com. AKAN BYR KORG.

Setelah jumlah duit yg terkumpul sampai had payout $8888, Kite akan dapat bayaran melalui CHECK @ dlm bahasa melayu nyer CEK. Sb kitorg tau msti korg akan alami prob x tau nak pilih cara pembyrnkan...korg just klik kat 'CHECK' je mase kat sign up dan pastikan alamat korg tu btol sb cek tu akan smpai kat DPN PINTU UMAH KORANG


Nota Kaki :
Tak tahu betul atau tidak tapi sudah mendaftar.......

Labels:

Friday, January 12, 2007

Bercerita tentang "Kenangan 2"

Awan
Am suka photo atas awan yang ini, kerana Am macam berada ditengah-tengah, tas awan dan bawah pun awan. Tambahan pula dengan warna langit yang biru dan awan yang putih bersih.


Atas Awan....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Pejam celik sudah hari Jumaat semula, tanpa sedar sudah 2 minggu anak Am bersekolah darjah satu dan seperti biasa bermacam-macam cerita yang dia bawa balik untuk kami dirumah.

Kebetulan cerita pasal sekolah ini, teringat Am pada kawan sekolah Am semasa sekolah menengah dahulu. Kawan Am ni peminat rock habis disekolah. Seluarnya ditempah khas dan ketat, biasalah rock kapak katakan. Perangai gila-gila dan kalau periksa sama macam Amlah cukup-cukup untuk lulus sahaja hehehehe.

Dalam rock-rock dia ini, dia minat dengan kami punya penolong kanan. Kami gelar penolong kanan kami Cikgu "Ella" pasal dia kecik-kecik dan comel macam Ella, penyanyi rock itu. Boleh kata dia lupa kawanlah bila penolong kanan tu lalu sebelah.

Cerita terbaru, kami dengar dia dah jadi seorang doktor sekarang, memang terperanjat beruk kami dengar (nasib baik tak jadi beruk) kerana ciri-ciri seorang doktor memang tak ada kat dia semasa bersekolah dulu hehehe.


Nota Kaki :
Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan.......

Labels: ,

Thursday, January 11, 2007

Bercerita tentang "Kenangan"

Awan
Satu lagi photo didalam Kapal Terbang, semasa itu cuaca agak baik jadi banyaklah photo awan yang berjaya Am rakamkan.

Semua awan di Malaysia, bila agaknya dapat rakam awan diluar negara pula hehehe.

Atas Awan....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Terpandang "Tea Lady" Am, teringat waktu pertama Am kerja dipejabat Am ini. Kali pertama Am berkerja dipejabat ni sebagai tukang sapu merangkap tukang buat air, merangkat budak pejabat dan merangkat juga tukang hantar surat. Am kerja disini pun ayah Am yang carikan kerana takut Am putus tangan kerana semasa itu Am kerja di kilang.

Pelahan-lahan Am merangkak dari bawah keatas hingga jawatan Am sekarang, ramai orang bangga dengan kejayaan Am termasuklah boss Am dan yang paling penting Am sendiri berbangga dengan diri Am. Sebab itulah Am selalu ingatkan kerani-kerani ditempat Am supaya mereka bukan sekadar buat kerja sahaja tapi belajar apa yang mereka buat itu. Am tak kisah satu hari mereka akan berada diatas Am kerana Am tahu Am akan rasa bangga melihat mereka berjaya didepan mata Am.

Am selalu ingatkan diri Am, bimbingan dari orang lain penting tapi yang lebih penting ialah keinginan diri kita sendiri untuk berjaya.


Nota Kaki :
Yang dibawah tak selamanya dibawah, Yang diatas tak semestinya akan terus diatas.......

Labels:

Wednesday, January 10, 2007

Bercerita tentang "Angkat Tangan"

Awan
Photo ini juga dirakamkam oleh Am didalam kapalterbang semasa balik dari mesyuarat di Pulau Pinang. Nampaknya minggu ini semua gambar awan dari Kapal Terbanglah jawabnya.

Am perasan penumpang disebelah Am jeling Am rakamkan photo awan hehehe.

Atas Awan....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Am perasan kadang kala kita buat silap dijalanraya dan kemudian kita angkat tangan tanda mohon maaf, orang lain akan kurang marah dan ada dengan mudah maafkan kita. Begitu juga pada Am kalau pemandu didepan, belakang, kiri, kanan Am buat silap dan kemudian angkat tangan, kemarahan Am akan reda dari 100% tinggal 10% sahaja.

Jadi kawan-kawan, faham-fahamlah angkat tangan bila kita buat silap, tak lama mana pun angkat tangan itu.


Nota Kaki :
Tak rugi mana kalau angkat tangan, Tak untung mana kalau tak angkat tangan.......

Labels:

Tuesday, January 09, 2007

Bercerita tentang "Bola"

Awan
Photo ini dirakamkam oleh Am didalam kapalterbang semasa balik dari mesyuarat di Pulau Pinang. Dah lama nak rakamkan photo awan dari dalam kapalterbang, akhirnya berjaya juga.

Ada banyak lagi photo awan yang Am rakamkan, nanti Am akan paparkan disini satu persatu..

Atas Awan....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Semalam dengar dan lihat diberita yang pasukan bola negara dapat jersi baru tajaan "Nike". Jersi pula kalau tak silap ikut corak jersi zaman kegemilangan bolasepak kita dahulu. Sebenarnya Am sendri tak pasti boleh pasukan bolasepak kita berjaya dengan jersi baru itu. Bukan tak percaya tapi terlalu banyak harapan kita pada mereka tapi terlalu sedikit yang mereka mampu tunjukkan.

Satu lagi, kalau tak silap semalam ada dengar dalam berita radio yang pasukan bolasepak tidak ada apa-apa target dalam perlawanan akan datang (dah lupa perlawanan apa). Isteri Am sendiri pun boleh tergelak, nak main dalam perlawanan tapi tak ada target. Serupalah seperti makan angin sahaja

Secara peribadi bagi Am "Target itu penting, bukan untuk menjadi tekanan pada mereka tapi sebagai halatuju mereka. Target jadi juara dan sekurang-kurang mereka akan usaha kearah itu, tak jadi juara pun mungkin naik juara atau tempat ketiga.


Nota Kaki :
Jersi sebagai luaran sahaja yang utama ialah niat dan kesungguhan pemain itu sendiri.......

Labels: ,

Monday, January 08, 2007

Bercerita tentang "Hari Pertama"

Awan
Photo ini dirakamkam oleh Am dilampangan terbang Pulau Pinang semasa nak berangkat pulang ke Kuala Lumpur. Risau juga awan nampak mendung, ingat nak hujan, nasib tak.

Ada photo awan dari dalam kapal terbang yang Am rakamkan. Banyak juga, nanti Am akan paparkan disini. Agak sibuk sekarang, almaklumlah baru balik dari bercuti.

Awan Mendung....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Hai semua, berjumpa lagi kita didunia blog ya. Syukur kerana Am masih sihat dan masih mampu bercerita didalam blog ini. Agak sibuk hari ini sehingga terlalu lewat untuk bercerita disini.

Banyak benda hendak diceritakan tapi yang paling Am tak sabar ialah hendak bercerita tentang hari pertama anak bersekolah kebangsaan dan sekolah ugama. Kebetulan isteri Am tak sihat jadi Am terpaksa uruskan semua dari beli baju, kasut, hantar anak hari suai kenal dan seterusnya hari pertama sekolah.

Sekolah ugama ok sahaja Am nampak, anak Am macho seperti Am dan tak ada nampak tanda-tanda nak menangis. Dia lebih leka pandang gelagat rakan-rakan kelas dia. Tak banyak aktiviti disekolah kerana selepas mendaftar semua pelajar dibenarkan pulang.

Lain pula dengan sekolah kebangsaan, hari suai kenal semua sudah ada kelas sendiri. Kemudian semua pelajar diwajibkan ambil ujian, Am dah lupa apa nama ujian itu tapi ujian untuk menilai samada pelajar boleh membaca dan menulis. Kebetulan ada taklimat, selepas balik taklimat Am lihat anak Am sudah hilang dari kelasnya, rupanya dia sudah ada kawan dan sudah buat tawaf satu sekolah. Am risau juga tapi dia punya muka selamba aja. Hari pertama sekolah tiada apa yang menarik kerana Am lebih lepak dikantin dari kelasnya kerana malas nak ganggu dia dikelasnya.

Am perasan dah ramai budak tak menangis sekarang ni, kalau tak silap Am hanya jumpa dua orang budak sahaja yang menangis dan satu lagi yang Am perasan ialah murid perempuan punyalah banyak beg warna pink, segala jenis warna pink boleh lihat hehehehe.


Nota Kaki :
Sekarang tengah risau pasal bas sekolah dia.......

Labels: