Bercerita tentang "Tak Tahu"
Photo ini Am rakamkan semasa pergi ke Genting dengan keluarga Am, lama tak rakam gambar rasa kekok pula nak cari sudut yang paling bagus untuk rakamkan gambar bunga ini. Am ada cita-cita nak beli kamera yang lebih canggih tapi takut membazir pula hehehe Bunga Merah.... Original Upload from Canon Digital IXUS 60 Beberapa hari lepas ada berbual dengan isteri Am tentang rakan kerja dia yang sentiasa cuba cakap "Tak Tahu" bila boss dia tanya pasal kerja dia. Bila ditanya mengapa dia buat begitu, dia kata sengaja buat-buat bodoh. Apalah..betul-betul jadi bodoh baru tahu Am sebenarnya memang cukup sakit hati bila orang suka jawab dengan perkataan tak tahu kerana bagi Am mereka ini jenis manusia yang sambil lewa dengan kerja mereka dan jenis yang tak bertangungjawab dengan tangungjawab yang diberi pada mereka. Secara tak sedar mereka ini telah meletakkan diri mereka pada satu tahap dan selagi mereka tak ubah sikap tak tahu mereka maka sampai bila-bilalah mereka akan melekat di tahap itu. Am boleh terima jika mereka kata tak tahu bila diluar bidang mereka, contohnya bila tukang sapu ditanya tentang alatan dalam kapal angkasa tapi kalau soalan yang ditanya dalam bidang kerja mereka dan dengan pengalaman berpuluh tahun masih menjawab tak tahu, sah-sah ada masalah dengan perkerja atau manusia ni. Secara peribadi bagi Am, dari kita jawab "Tak Tahu" lebih baik kita jawab "Saya akan cuba periksa" atau "Saya akan cuba cari". Kita kena tahu kadang kala boss atau orang yang tanya soalan pada kita itu akan dapat melihat diri kita dengan jawapan yang kita berikan dan jangan salahkan orang disekeliling kita tidak menghormati kita jika kita sendiri tak menghormati diri kita sendiri. Ada yang beritahu Am, kita jawab tak tahu pasal nak merendah diri dan tak nak tunjuk pandai tapi kita kena tahu dimana perlu kita jawab dan dimana kita perlu mengelak untuk jawab dengan baik. Jangan selalu cakap tak tahu sampai orang fikir kita memang tak tahu dan seterusnya memandang rendah kita. Nota Kaki: Hidup ini tak mudah tapi hidup ini akan menjadi makin tak mudah bila kita makin menyusahkan hidup kita sendiri. Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Tak Tahu""
cantik gambar tu am..meen suka tgk bunga..
hurm..org yg selalu menjawab "tak tahu' tu sama ada nak lari dari tanggungjawab atau tak peka dengan apa yang seharusnya dia buat..
Cantik ker bunga tu Meen, jadi Am kasi bunga tu pada meen ler ya hehehe
Setuju dengan pendapat Meen tu
am kasi bunga ni kat meen??hihi best..best! suka bunga!!heheh
hehehe macam dah terbayang senyuman meen tu
hmmm... saya pernah dinasihatkan untuk beraksi "bodoh" bagi mengelakkan terlalu banyak kerja dilongokkan pada saya... masalahnya, saya tak pandai berpura-pura... apa sahaja kerja diberikan pada saya, saya akan cuba selesaikan sebaik mungkin kerana bagi saya itu adalah amanah... lagipun kerja kita ni kan ibadah... dan mungkin disebabkan tidak pandai berpura-pura ini juga saya dilonggokkan dengan kerja-kerja yang banyak... tak apa lah... ada hikmah di sebaliknya, insyaAllah...
setuju sangat abg am..ada sorang kawan sy tu suke ckp camtu sbb dia malas nak jawab soklan org..tapi bila kita jawab camtu kat dia, dia bleh marah plak..*tah apa2 tah..
Sastri:
setuju dengan pendapat Sas tu, kadang kala bila byk main-main buat kerja ni rasa macam gaji tu berkat pula hehehe
Faisal:
Biasalahlah tu, dia buat boleh, org lain jangan buat hehehe