eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Wednesday, March 12, 2008

Bercerita tentang "Zaman Kanak-Kanak"

Hujan rintik-rintik, tumbuh daun lalang
Mak bagi 10 sen, adik pergi sekolah
3 + 3, adik jawab 6
Cikgu tanda "right" adik pulang

Am teringat satu ketika dulu anak Am ada menyanyikan lagi ini semasa pulang dari sekolah. Zaman Am sekolah dulu memang popular lagi ini, siap boleh lukis muka orang lagi dengan lagu ini. Kawan-kawan siap tambah lagi macam-macam pada lagu ini. Dari muka lelaki jadi muka perempuan dan ada yang tambah hingga boleh pakai cermin mata.

Sebenarnya banyak lagi lagu-lagu yang seumpama ini, seperti bangau oh bagau, pokok bunga melor (Tak pasti betul ker tak tajuknya). Tapi makin lama lagu ini makin dilupakan dan tak keterlaluan jika Am kata mungkin dalam 2 atau 3 generasi lagi, lagu ini akan terus hilang dari minda anak-anak kita.

Bukan sahaja lagu tapi ada banyak permainan zaman kanak-kanak yang semakin dilupakan. Permainan seperti konda-kondi, galah panjang, polis & pencuri, guli, gasing dan bayak lagi makin kurang popular sekarang dan setengah-setengah kanak-kanak tak tahu apa permainan itu bila disebut pada mereka.

Am ada cita-cita hendak mengumpulkan semula lagu-lagu zaman kanak-kanak untuk disimpan didalam blog Am. Jika ada sesiapa yang tahu lagu itu boleh catitkan diruangan komen di blog Am, mungkin Am akan buat satu ruangan khas atau buka satu blog lain untuk menyimpan lagu-lagu ini.

Nota Kaki :
Rindu nak lastik burung hehehe

Labels: ,

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Zaman Kanak-Kanak""

 

Anonymous Anonymous kata ... (March 12, 2008 9:37 PM) : 

bagus jugak cadangan am nak kumpulkan lagu2 tu..boleh buat rujukan..harap2 jadi kenyataan..boleh meen tumpang2 tgk eyh..

 

Anonymous Anonymous kata ... (March 28, 2008 9:32 AM) : 

Macam tak ada sambutan sahaja meen hehehe

 

Blogger iina kata ... (June 22, 2008 5:54 PM) : 

Dah ada blog yang kumpulkan lagu-lagu kanak-kanak ini..
http://www.mywebsfree.com/dearhaniey/dodoi.html

 

JOM TINGGALKAN JEJAK