Bercerita tentang "Seminar"
Alhamdulillah, dapat lagi Am menulis dan berkongsi cerita diblog ini. Agak lama tak menyentuh blog kerana 3 hari pergi seminar. Bercerita tentang seminar ni, Am amat tak sukanya pergi seminar. Tambah pula selama 3 hari, ini pun kena paksa dengan kawan dan dia yang daftarkan. Hendak atau tak terpaksa pergi. Dua tahun lepas kena paksa pergi seminar dengan boss, sudahlah seminarnya boring habis, boss pula asyik perhatikan Am sahaja. Akhirnya Am keras kat kerusi tu, badan disitu tapi otak tak tahu dah kemana, silap-silap boeh sampai London, Paris & New York. Am pernah terfikir nak berkongsi ilmu yang Am ada sekarang ini, maksud Am mengenai kerja Am sebagai "Setiausaha Syarikat". Banyak topik yang Am ingin kongsi dari penubuhan Syarikat hinggalah kepada penutupan sesebuah syarikat itu. Mungkin Am bermula sedikit-sedikit dan jika ada sambutan Am akan pilih satu hari sebagai hari berkongsi ilmu. Nota Kaki: Balik dari seminar, kerja pulak tengah beratur......... |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Seminar""