Bercerita tentang "Anak"
Alhamdulillah, masih ada upaya untuk menulis disini. Meninggalkan sedikit tulisan tentang perjalanan hidup Am. Diam tak diam anak kecil Am sudah berumur 8 bulan lebih. Semalam dia sudah mula belajar merangkak, walaupun belum bergerak tapi bontotnya sudah naik tinggi hehehe. Anak kecil Am ini Am rasa cukup sayang dengan abangnya kerana setiap kali abangnya kena marah dia akan menangis lebih-lebih. Jadi Am dan isteri cukup risau kalau marah abangnya depan adiknya. Abangnya seperti selalu memang sayang gila dengan adiknya. Kalau Am suruh marah adiknya, cukup perlahan suara dia marah adiknya. Memang sah adiknya tak takut dengan dia nanti hehehe. Satu yang Am dan isteri perasan, adik dan abang memang terlalu banyak perbezaan, abang memang kuat menangis dari kecil sampailah sekarang tapi adiknya cukup susah nak lihat dia menangis, tersenyun sahaja selalu. Abangnya cukup takut dengan orang semasa kecil tapi adiknya boleh jeling-jeling dan gelak dengan orang walaupun dalam lift. Am dan isteri sebenarnya lebih risau pada abang dari adik kerana dari kecil lagi adiknya nampak macam dah boleh berdikari hehehe. Yang pastinya dari kecil ini Am dah pupuk semangat tangungjawab abang menjaga adiknya dan harapkan hubungan adik dan abang erat sampai bila-bila. Nota Kaki: Ingat nak paparkan photo adik dan abang tapi tertinggalkan pula photo di rumah. Labels: Anak |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Anak""
Lama betul Am menyepi kalau tak silap abah. Tup2 hari ni dapat komen dari Am di blog abah. Terkejut, dan dalam masa sama, gembira, sebab Am dah aktif semula.
Semoga akan terus aktif nanti.
Bercakap soal anak, abah rasa kita punya impian dan harapan yg sama untuk anak2 yang jarak umur mereka boleh tahan juga jauh.
Betul tu Abah, harap-harap jarak mereka yang jauh tak menjadi sebab supaya mereka rapatkan
ps: akan cuba aktifkan diri semula abah
sudah mula menulis..sibuk menjaga anak kebelakangan ini gaknya..
HE pun rasa anak HE yang bakal menyusul nanti berbeza dengan kakaknya, tgh isteri punya selera pun jadi lain sejak dia mengandung..
am..org kata anak sulung ni lagi kuat manjanya dari adik2 dia..betul tak am? banyak meen tgk cam tu..hihi
He: betul he, menyesuaikan diri semula hehehe
Meen: rasanya betul kot meen tambah pula dia cucu pertama belah isteri Am
waaa... dah 8 bulan ek... cepat betul masa berlalu... :D
ya sas, masa begitu cepat berlalu, kadang kala kita sendiri tak perasan
salam am..teringat dlm entry am dlu anak sulung am suh gi beli adik..sekarang dah ada adik mesti sayang betul2 kan..
hehehe ingat lagi mama pasal entry tu ya, sekarang sepupu anak Am pula suruh mama dia beli adik, anak Am yang ajar kot hehehe
hai am..... erm biasanya anak sulung orang kata lebih bijak berdikari macam along pu3, tapi yang bongsu akan jadi lebih manja macam pu3....hehehehe apa pun moga keluarga am akan sentiasa bahagia... insyaAllah.....
tu ler pasal cempakabiru, Am rasa macam terbalik pulak hehehe