Bercerita tentang ANAK
Am sendiri dah lupa bila Am rakamkan photo ini tapi yang pastinya Am rakamkan photo ini semasa Am didalam kereta dan semasa Am sedang menuju entah kemana Sudah lama Am tak memaparkan photo awan bitu terbaru di blog Am ini, bukan awan biru dah tak ada tapi Am yang kurang merakamkan photo Awan Biru Awan Biru.... Original Upload from Canon IXUS 60 Anak Am baru habis ujian pertengahan tahun dia, terus-terang Am dan isteri pula yang rasa lega. Kenapa ya? Mungkin kerana Am tak perlu pegang rotan malam-malam dan tak perlu tengok anak Am menangis sambil mengira dan membaca hehehe Ada juga kertas periksa yang dapat semalam, keputusannya oklah. Tak seteruk darjah satu dahulu. Mungkin masa ada yang ingat dimana anak Am tak jawab satu soalan pun semasa darjah satu hehehe. Oh ya tamat sahaja Abang periksa Adik pula mula deman, wan nya kata adik deman tapi macam tak deman, kuat semangat (yang ini ikut abah dia). Harap-harap adik cepat sembuh kerana cuti-cuti Malaysia dah dekat ni, nanti terbatal pula semua hajat nak bercuti. Nota Kaki : Kepala pening, "Meeting" dah dekat, banyak benda tak siap lagi..... Labels: Anak |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang ANAK"
selamat bercuti ye am..minggu depan dah start cuti sekolah kan?
Selamat bercuti juga buat Kadok, minggu cuti-cuti Malaysia sudah bermula hehehe