Bercerita tentang "Keluar"
Dr. Mahathir umum keluar UMNO Oleh ZAINU‘L AZHAR ASH‘ARI ALOR STAR 19 Mei – Bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad hari ini mengumumkan keluar daripada UMNO, berkuat kuasa serta-merta. Bekas presiden UMNO selama 22 tahun antara 1981 dan 2003 itu dan merupakan antara ahli terawal parti itu sejak penubuhannya pada 1946 berkata, beliau bertindak demikian kerana hilang keyakinan terhadap kepimpinan Presiden UMNO sekarang, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. “Saya umum saya keluar parti hari ini,” katanya di hadapan kira-kira 1,000 hadirin yang kebanyakannya anggota UMNO Kedah pada forum Nasib Kedudukan Bangsa Melayu di sebuah hotel di sini. Menurut anggota UMNO seumur hidup itu, beliau hanya akan kembali menyertai UMNO selepas Abdullah yang juga Perdana Menteri meletak jawatan atau tidak lagi menjadi pemimpin negara. “Saya akan menulis surat kepada UMNO bagi memaklumkan kepada mereka (mengenai langkah keluar daripada UMNO),” katanya. Sebelum itu, beliau memberi cadangan supaya pemimpin cawangan dan bahagian parti itu meletakkan jawatan masing-masing sebagai isyarat kepada Abdullah supaya meletakkan jawatan dalam parti sebelum pemilihan UMNO Disember ini. “Saya tidak akan suruh orang lain buat sesuatu (letak jawatan dan keluar UMNO) yang mana saya sendiri tidak berani buat,” kata beliau. Bekas Perdana Menteri berusia 83 tahun itu berkata, surat pengisytiharan keluar daripada UMNO akan dihantar secara rasmi kepada Setiausaha Agung UMNO, Datuk Tengku Adnan Tengku Mansor secepat mungkin. Selanjutnya Komen Am Malas nak komen, rasanya melambak komen kat luar sana cuma Am nak bertanya sikit. Melayu semakin berpecah dan SIAPA YANG RUGI? SIAPA YANG UNTUNG? SIAPA YANG MENANGIS? SIAPA YANG TERSENYUM? Nota Kaki: Sedih.....Sedih.....Sedih...... Labels: Isu Semasa, Politik |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Keluar""
haaa...siapa yg rugi tu sendiri mau ingat la am..hahaha...scary sungguh kan?..cant imagine what will happened 10 yrs ahead..takut woooo
malu pulak tgk melayu sekarang!
Kadok:
Kita sahaja yang seram tapi org yang terbabit masih sempat tuduh menuduh dan leka dengan kuasa yang mereka ada. Tak payah 10 thn, lagi 5 tahun nanti pun entah apa akan terjadi nanti
Faizah:
Melayu yang semakin MeLAYU