Bercerita tentang MEDIA
Kerajaan beri penekanan terhadap media baru 27/05/2008 11:25am KUALA LUMPUR 27 Mei - Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, kerajaan akan memberikan penekanan yang lebih kepada aspek media baru seperti blog dalam usaha untuk memastikan rakyat menerima maklumat yang tepat. Timbalan Perdana Menteri berkata, ia perlu memandangkan tohmahan yang dilemparkan kepada kerajaan melalui platform media baru telah membawa kesan diluar jangkaan seperti yang dapat dilihat melalui keputusan Pilihan Raya Umum Ke-12 yang lalu. Selanjutnya Komen Am : Baru perasan ker? Am dah lama tahu berapa berkesannya "Blog" ini, dari dulu lagi Am dah kata daripada haramkan blog, lebih baik kerajaan gunakan blog untuk menyampaikan maklumat yang mereka ingin sampaikan TAPI bila orang ramai komen nanti jawablah ya dan jangan melenting pula. Nota Kaki : Kelebihan Blog, orang ramai boleh komen apa yang kita tulis, sendiri mau ingat lah ya Labels: Isu Semasa, Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang MEDIA"
blog ni... ah... ada juga keburukannya... saya sendiri telah merasai akibat buruknya secara tidak langsung...
biasalah tu Sas, Am pun dah pernah rasa juga sampai terpaksa kuburkan blog lama Am dahulu hehehe