Selamat Hari Jadi ADIK
"Banner" ini disumbangkan oleh sepupu isteri Am. Kebetulan dia memang kerja dikedai buat benda-benda ini. Jangan tanya harga Am sendiri pun tak tahu. Masaalahnya sekarang lepas hari jadi tak tahu nak letak kat mana "banner" ni. Almaklumlah rumah Am kan kecil sahaja. Hari ini Hari jadi adik pula. Selamat Hari Jadi adik dari Abah, Mama, dan Abang. Doa adik serupa dengan doa untuk Abang, semuga adik berjaya didunia dan akhirat. Ingat lagi dahulu sebenarnya bila doktor suruh pilih tarikh, Am nak pilih tarikh sama dengan abang tapi abang marah dia kata tarikh tu untuk dia sahaja. Memang dah lama Am pilih lagu ini untuk adik, Anak - Carefree Ketika engkau dilahirkan Engkau menerangi alam Kegelapan ayah dan ibu mu Betapa murni kasihnya Ketika kau nyenyak tidur Menatapi wajahmu oh anak Kenanglah ibu mu tidur tak lena Menjaga tidur mu Takut engkau terbangun Menangis kehausan susu Di belai mu dengan cermat Penuh kasih dan sayang Tiap detik dan setiap waktu Kini masa terus berlalu Di mandi dengan kasih sayang Kau besar sudah oh anak Ibu dan ayahnya memberi kau Kebebasan yang engkau mahu Di samping didikan agama Yang sempurna untuk hari mu Sumbangan Liriklagu.com Naota Kaki : Adik yang ter "over" peramah dan penuh dengan senyuman...... |
JEJAK TEMAN DI "Selamat Hari Jadi ADIK"
selamat hari lahir utk adik..semoga menjadi anak yg berguna dimasa akan dtg..ehh..hari lahir adik dgn abg beza 8 hari? pandainyeeeee..:p
Terima kasih atas ucapan tu ya En. Kadok.
ps: ada kesilapan tu bukan lapan hari tapi 5 hari sahaja, abg 4hb adik pula 9hb
Kalau ayah, ibu, dan anak2 berkongsi tarikh lahir yang sama, syok kan Am? Tak payah nak sambut berkali2.
Apapun, selamat hari ulangtahun kelahiran untuk kedua2 hero Am tu. Semoga abang dan adik akan membesar jadi anak2 soleh, beriman, dan penyejuk hati dan mata Am dan isteri, insyaAllah.
Kalau sama kurang seronok sikit Abah, pasal sekali sambut heheh
Terima kasih atas doa tu ya Abah