Bercerita tentang AGM
Hari ini Am boleh kata sibuk gila, nasib baik sibuk gila dan tak betul-betul gila. Ini semua kerana besok Am ada Annual General Meeting untuk syarikat yang Am jaga. Harap-harap pemegang saham tak mengada-gada besok. 2. Berdebar kerana kali pertama buat di Kuala Lumpur dan ramai pula pemegang saham yang akan hadir. Dulu semasa di Pulau Pinang tiada siapa nak hadir pun. Pangarah pula dah berkali-kali ingatkan supaya semua benda teratur dengan baik. 3. Doakan Am agar tiada perkara yang diluar jangkaan berlaku besok ya. Kalau petang besok Am masuk blog dan gembira maknanya semuanya ok ler tu. Kalau sebaliknya faham-faham saja ler ya hehehe Nota Kaki: Nasib baik AGM setahun sekali, kalau sebulan sekali maunya habis semua rambut Am gugur hehehe Labels: Kerja |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang AGM"
salam AM
moga semuanya berjalan dengan lancar
nama pun AGM...mesti la staun skali, klu bulanan..dipanggil MGM...hehe gurau ja... dan sbb tu juga la dibuat staun sekali...takut nanti takde org berani buat...
PB:
Terima kasih PB, semuanya berjalan dengan lancar + sedikit suprise hehehe
Irman:
Bukan tak ada org nak datang tapi orh muak nak datang hehehe