Bercerita tentang BALIK BERCUTI
Am ingat bercuti untuk rehatkan badan, tapi lain pula jadinya. Am, Isteri dan Adik kena selsama, batuk dan sedikit demam. Cuma Abang sahaja yang sihat. Kerana yang lain tak sihat jadi lawatan ke Zoo kena ditangguhkan pada masa lain.. 2. Kalau ikutkan hati Am mau sahaja MC hari ini tapi hari Isnin dah cuti, hari Selasa pula Mc. Nanti apa pula kata orang kan. Kena jaga ni dah bulan 12 hehehe 3. Oh ya, kenduri kahwin adik kawan Am memang menarik, apa yang menarik? Bukan kendurinya yang menarik tapi tempat kendurinya tepi bendang. Biasalah Am mana pernah tengok padi "Live". Punya ler seronok nak tengok tapi kecewa kerana pokok padi itu belum berbuah lagi. 4. Tempat tinggal pula kat "Sayong" Tempat yang popular dengan pembuatan Labu tu. Dapat jugalah Am belajar sejarah Labu ni dan ada gak tengok sikit cara orang buat Labu. Adik pula seronok dapat pecahkan Labu, nasib baik tak kena bayar hehehe 5. Banyak juga photo awan, bendang dan Labu Sayong yang Am rakamkan. Besok akan cuba paparkan diblog Am ini. Nota Kaki: Ikut resmi padi Makin berisi makin tunduk...... |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang BALIK BERCUTI"
salam...ler demam pula ker...minum air banyak2 dan have a good rest..
tahniah buat adik sdr am...
p/s try la menulis...idea dan kreativiti tu bole datang dengan banyak memerhati dan membaca...ahahaha saya sendiri pun tak kreatif, tidak lahir untuk jadi penulis agaknya
Terima kasih arsaili, memang ada menulis sikit-sikit, tengah kumpulkan idea-idea sekarang ni. Tapi Am tak nak tulis novel, mungkin buat satu blog untuk tulis cerita kot hehehe
tak baik mc klu dah turun kja..tapi lagi baik klu tmpt kja dkt dgn ruma...baik ambik je MC dari tak buat apa2 dkt ofis..hehe, gurau ye..
Semalam lepas lunch terus balik ambil mc, dah tak larat, boss awal2 dah suruh balik hehehe