Bercerita tentang HUJUNG MINGGU
Hujung minggu ada dua perkara nak dibuat. Satu adik Am nak bertunang dan satu lagi jemputan kahwin dari kawan Am. Sedihnya dua-dua hari yang sama, waktu pun lebih kurang sama juga. 2. Isteri Am cadangkan lepas selesai adik Am bertunang tu, kami pergi pula majlis perkahwinan. Rasanya kami akan tiba lambat tapi lebih baik lambat dari tak datang lansung... 3. Hari Sabtu isteri kata nak masak sup daging. Daging apa? dah tentulah daging korban hehehe. Ada dua bungkus dalam peti Ais tu dan nampaknya hujung minggu ni kami makan lauk daging sahaja ler hehehe 4. Am tak tahu bila nak tunaikan permintaan anak Am untuk ke Zoo, asyik tertanguh sahaja. Kat pawagam pula cerita CiCakMan 2 dah mula ditayangkan. Kena cari masa untuk bawa dia tengok ni... Nota Kaki: Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan. Labels: Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang HUJUNG MINGGU"
selamat hujung minggu am..
selamat makan daging hihi
dan selamat bertunang utk adik am
slamat bertunang buat adik Am.. :)
biasa laa tu, musim cuti ni laa musim kenduri kahwin berlangsung sana-sini.. hehe..
Meen:
Terima kasih. byk betul selamat ya Meem hehehe
Aza:
Betul tu aza, kita yang tak tahu nak pergi mana satu hehehe
am pi tgk cicakman je..
tak yah dlu pi zoo musim2 tanah runtuh ni.. jom esk pi PC fair :)
bukan musim runtuh Eita, musin hujan hehehe
dah start pc fair ya, Am pun tak perasan
hujung minggu jadual penuh dengan undangan kawen KAWAN2 sekolah... tiap minggu tu... tapi sekarang ni, baik kawen dengan cicakman dulu la...macam best ja..
salam ...
sabtu lepas ada tiga jemputan.
tapi sayang , satu pun pB tak pergi ...
Irman:
Tak sabar nak tengok ler tu hehehe
dah tengok ker irman.....
PB:
diaorang faham tu, ada hal nak buat macam mana kan....