Bercerita tentang SESAK
Photo ini dirakamkan semasa pergi kenduri kahwin adik kawan Am minggu lepas. Cantik betul photo bendang ni. Tapi nasib tak baik, padi belum menguning. Am tak pasti pula Am atau isteri yang rakamkan photo ini. Rasanya macam Am, fikir sekali lagi macam isteri Am pula pula. Apa-apapun masih gunakan kamera yang sama. Awan & Bendang.... Original from Panasonic Lumix DMS-FS Am baru perasan, budak cuti sekolah ini jalan lagi sesak dari biasa. Hari ini dari Tol dah mula sesak. Kalau semasa belum cuti sekolah dulu dari Plaza P baru mula sesak. 2. Agaknya ramai tak bawa anak bercuti kot atau kemungkinan besar semua simpan cuti untuk Hari Raya Haji minggu depan. Minggu depan alamatnya KL jadi lenggang ler. 3. Nasib baik naik motor kalau kereta maunya hari-hari Am lewat layan kesesakan ni. Kadang kala naik motor pun boleh lewat juga hehehe. Nota Kaki: Badan masih belum 100% sihat..... Labels: Peribadi |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang SESAK"
aah, td dr sebelum tol dah sesak. Saya keluar lambat jugak.last2 patah balik lepas tol tuh, ikut balakong nak ke KL heh. Letih jem nih. Minyak murah, ramai bawak kereta semula kot
This comment has been removed by the author.
salam am
sawah bendang mmg cantik sgt
anis sblm nie xpernah jejakkan kaki kt bendang.
sampai la anis ke umah kwn kat teluk intan. canti sgt2.
am bawak anak dan isteri pergi bercuti la...
mesti best kan..hehehe
Faizah:
Am pun rasa macam tu juga Faizah hehehe
Anis:
Kita yang duduk bandar ni memang melopong tengok bendang tu Anis hehehe
Kebetulan kenduri kahwin, terus bercuti sekali hehehe
nak kongsi di kk juga, betul minyak turun ramai bawa kereta sendiri kot...tadi man pegi kerja, baru turun kwsn ruma dah slow bawa keta...stn minyak pun jem juga..
bab bendang ni, man tak tau apa tu bendang(almaklum la man duduk kampung tepi laut sulu)...tapi pernah nampak masa kat perlis..
Stesyen minyak Jem pasal semua pakat isi lepas minyak turun harga hehehe
Sama ler kita man hehehe
MRR2 cuti ke tak cuti ke sentiasa sesak di Pandan Indah. Huhuhu!
Yang itu dah lama tahu dah BP hehehe