Bercerita tentang SUNAT
Ada dua perkara yang popular bila cuti hujung tahun ni, satu perkahwinan dan satu lagi Sunat. Ada beberapa kawan Abang yang dah bersunat dan nak bersunat. Abang pula pakat perhati dan dia kata dia nak sunat tahun depan. Ok ler tu janji dia nak, jangan dia kata tak nak terus sudah ler hehehe 2. Semalam sepupu dia datang dari kampung, dia cerita tentang sunat rupanya dengan sepupu dia. Ok ler tu sepupu dia kata tak sakit. Tutup mata, lepas muka mata dah siap. 3. Adik pula sekarang makin ligat melasak. Rasanya hampir semua "Frame" gambar di rumah Am tu dipatahkan oleh adik. Dia patahkan, Am gam balik. Mula-mula dua Am marah jugak, sekarang lantak ler malas nak marah.... 4. Semalam Abang tidurkan adik, adik menangis abang tepukkan sampai dua-duanya lelap. Bila siang adik kacau abang sampai abang mengamuk, lepas tu abang pulau kacau adik sampai adik menangis. Itulah kerja mereka berdua tu. Nota Kaki : Lupa pula hujung tahun ni ada dua lagi perkara, satu dah lama popular iatu BANJIR dan satu baru mula nak popular iaitu TANAH RUNTUH Labels: Anak, Isu Semasa |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang SUNAT"
uii..
lasak jugak si adik yer..
sampai frame gambar pun leh dipatahkan...
Tu ler pasang Along hehehe
He he he! Budak-budak tengah naik, biasa-lah tu Am.
Nak kena tambah seorang lagi tu Am.
Isteri Am kata cukupler, dia tak larat dah hhehehe
tu baru sorang budak dkt ruma, ruma man tak bole dah tayang piala2 kebanggaan...sumanya hancur dan runtuh oleh anak2 (buah)...bukan bole nak tegur..tak makan saman punya...
setuju dgn blackpurple... nak kena tambah lagi tu..hehe
Memang tak makan saman pun man hehehe. Nak tambah, semalam isteri baru cakap, cukuplah 2 org ni hehehe