eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Saturday, August 30, 2008

Selamat Menyambut Kemerdekaan


Photo bendera ini Am guna tahun lepas punya. Am tak ada photo bendera yang baru. Photo bunga raya adalah. Nanti jadi mat bunga pula.

Yang penting bendera tu, tak kisah baru atau lama.... Betul tak?

Bendera...
Original from Canon Digital IXUS 60




Selamat menyambut Hari kemerdekaan pada semua pengunjung blog Am dan seterusnya kepada semua rakyat Malaysia.

Sambutlah kemerdekaan dengan memahami erti kemerdekaan yang sebenar bukan sekadar mengikut orang menyambutnya


Sajak buat Bangsa

Aduh tingginnya menara itu
Hadiah kita buat dunia
Setinggi itu kah maruah kita
Dimata Dunia.....

Indah sungguh binaannya
Bangga mendabik dada
Perkerti kita pula makin hilang indahnya
Mengeleng kepala pada siapa....

Harumnya bunga itu
Cantik berseri berbagai warna
Tapi bunga bangsa ku
Bagai hilang seri dan harumnya

Menara itu tegak berdiri
Lambang kejayaan dan kemodenan
Tapi bangsa ku makin layu dan rapuh
Dipukul rakus ombak kemodenan

AbahMuda @ Am 2006

Nota Kaki:
Sakit hati terperangkat semasa raptai perbarisan kemerdekaan minggu lepas.....

Labels: ,

JEJAK TEMAN DI "Selamat Menyambut Kemerdekaan"

 

JOM TINGGALKAN JEJAK