eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Thursday, August 31, 2006

Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia

Bunga


Photo bendera anak Am ini, anak Am yang minta Am ambil photo ini. Kalau tak silap rakamkan photo ini semasa balik kampung isteri dua minggu lepas

Pelik betul sekarang ni, nak beli bendera sikitlah punya susah, beli di Petronas baru2 ini, bila Am tanya rupanya bendera itu dia "sorok" dalam laci almari dia, Ada Am tanya kenapa sorok dan tak pamerkan, dia senyum dan diam sahaja

Bendera...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Sajak buat Bangsa
Aduh tingginnya menara itu
Hadiah kita buat dunia
Setinggi itu kah maruah kita
Dimata Dunia.....

Indah sungguh binaannya
Bangga mendabik dada
Perkerti kita pula makin hilang indahnya
Mengeleng kepala pada siapa....

Harumnya bunga itu
Cantik berseri berbagai warna
Tapi bunga bangsa ku
Bagai hilang seri dan harumnya.....

Menara itu tegak berdiri
Lambang kejayaan dan kemodenan
Tapi bangsa ku makin layu dan rapuh
Dipukul rakus ombak kemodenan.....


Nota Kaki:
Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan tapi merdekakah kita dalam erti kata yang sebenar?

Labels: ,

JEJAK TEMAN DI "Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan Malaysia"

 

JOM TINGGALKAN JEJAK