Bercerita tentang "Sikap" 2
Photo ini baru ambil pagi tadi, isteri Am yang tegur Am kata awan itu cantik, sekarang ini jika ada awan cantik selalu dia beritahu Am, selalunya tak dapat rakamkan kerana Am sedang memandu. Photo ini isteri Am yang rakamkan, berbakat juga dia ni ya hehehe Banyak benda yang hendak diceritakkan tapi hari ini Am hendak bercerita tentang satu lagi sikap orang kita yang Am rasa kita patut bersama-sama fikirkan dan renungkan. Baru-baru ini berbual dengan isteri Am, isteri Am ada kata yang kawan dia susah untuk mencari orang mengajar anak dia mengaji, bukan tak ada orang mengajar cuma orang itu tak nak mengajar anak kawan isteri Am itu. Alasannya kerana suami kawan isteri Am itu tidak selalu datang sembahyang disurau. Bagi Am itu alasan yang bodoh dan hanya digunakan oleh orang yang berfikiran cetek dan ego sahaja. Jika benar ayah tak pergi surau mengapa anak pula yang ditindas, sepatutnya kita memberi ilmu pada orang yang memerlukannya bukan memilih pada siapa kita nak ajar dan melihat latar belakang budak itu. Kalau itu pun kita fikirkan dimanakah keiklasan kita sebenarnya. Tak cukupkah setiap hari didada akbar orang islam ditindas disana-sini, kita sebagai orang islam pun hendak menindas sesama sendiri. Sepatutnya kita makin bersatu dan mengembangkan ilmu yang ada pada kita keseberapa ramai orang yang kita termampu. Am rasa mereka-mereka ini jauh lebih bijak tentang islam dari Am dan Am rasa mungkin mereka tak pernah jumpa ayat yang hanya membenarkan mereka mengajar pada budak yang ayahnya pergi surau sahaja dan tak boleh mengajar pada budak yang ayahnya jarang pergi surau. Fikiranlah
Labels: Jom Fikir |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Sikap" 2"