Bercerita tentang "Rutin"
Photo pagi ini Am rakamkan sama waktu dengan photo yang Am paparkan semalam, cuma photo ini Am tak edit dengan program picasa tu. Bila banyak sangat ubahsuai dengan prgram tu jadi macam tak original pula photo yang Am paparkan disini hehehe Sekarang ni tangan kembali gatal merakamkan photo-photo langit yang sangat menarik dan unik. Diam tak diam dah hari Jumaat semula dan sudah lebih setengah tahun untuk tahun 2006 ini. Sekarang ni masa macam begitu cepat berlalu sampai terkejar-kejar pula kita, satu masa sahaja masa begitu lambat iaitu bulan puasa hehehe. Bila fikirkan semuala setiap hari Am lakukan perkara yang sama berulang-ulang yang telah menjadi rutin hidup Am, tak kiranya dalam kehidupan peribadi ataupun dalam kerja Am. Kadang kala Am tertanya-tanya Am puas hati ker dengan apa yang Am lakukan ini? Kebetulan cerita pasal puas hati ini, beberapa minggu yang lepas boss Am ada berbual dengan Am dan tiba-tiba tanya Am puas hati tak dengan apa yang Am ada sekarang, Am rasa soalan itu lebih menjurus pada jawatan dan gaji Am. Dah tentu Am jawab "Tak" hehehe. Secara peribadi bagi Am setiap manusia memang tak akan puas dengan apa yang dia ada, kalau dulu nak motor, lepas ada motor nak kereta pula, lepas ada kereta mulalah nak kereta lebih besar, lepas tu nak rumah dan seterusnya. Apa pulak yang merepek sampai lari tajuk ni, Am cuma nak beritahu, walaupun apa yang kita lakukan setiap hari itu terlalu rutin bagi kita tapi kita akan rasa gembira jika itu yang kita hendak lakukan ditambah dengan keikhlasan semasa melakukannya. Keikhlasan dalam melakukannya akan menghasilkan satu hasil yang baik kerana bagi Am apa yang kita beri itulah yang kita dapat kembali.
|
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Rutin""