eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Tuesday, June 13, 2006

Bercerita tentang "Tersilap"

Terbakar


Photo senja ini adik beradik denga photo senja yang Am paparkan dua hari lepas, cuma photo kali ini Am mengabungkan langit yang masih biru itu sekali, nampak ia lebih unik dan menarik.

Sekarang ini ada banyak photo yang cantik-cantik Am rasalah dalam simpanan Am.

Senja...
Original Upload from O2 Xda II mini

Baca..........Faham............Fikir................

Minggu lepas Am mendapat berita seorang blogger buat kesilapan, setelah diselidik memang dia buat satu kesilapan besar, tak tahulah Am dia sengaja atau secara tidak sedar.

Ok bukan pasal dia yang Am nak cerita tapi pasal seorang blogger lain yang dulu selalu mengunjungi blog blogger ini, bergurau senda, bertanya khabar, bertukar pendapat dan macam-macam lagi. Tiba-tiba mengaku "Malu mempunyai kawan seperti blogger itu", masalahnya dia tahukah apa maksud kawan itu sebelum dia keluarkan kenyataan itu kemudian bercerita benda yang orang lain tak tahu, walaupun tak dibaca oleh semua orang tapi Am baca. Untuk apa semua itu, orang dah tahu blogger tu lakukan kesilapan tak perlu dia beritahu lagi, ramai yang tertipu tak payah dia nak beritahu dia tertipu lagi.

Am rasa begitu murah sekali nilai kawan pada dia, kawan buat silap, bagi Am itu hal dia, kita tetap kawan dia, tugas sebagai kawan kita nasihatkan dia, beri bantuan pada dia, kalau tugas sebagai kawan dia tak nak lakukan, cukup sampai disitu dan tak perlulah dia kata itu dan kata ini. Setiap orang akan lakukan kesilapan, cuba fikir apa jaminan yang kita tak akan lakukan kesilapan.

Secara peribadi bagi Am tak kisah kawan internet atau kawan bertemu muka, kita tetap kawan juga dan jika orang sebegini nak jadi kawan Am, Am akan terima dengan tangan terbuka tapi yang pastinya Am akan sangat berhati-hati dengan dia kerana jika dia boleh buat pada blogger tu apa jaminan dia tak boleh buat pada Am.

Bukan niat nak memalukan sesiapa disini, cuma nak menyedarkan diri sendiri atau sesiapa sahaja bahawa diri kita bukan sempurna mana pun, tak perlulah kita mengemburkan kesalahan orang lain untuk menunjjukkan berapa baiknya kita kerana bila kita tersilap pada kawanlah kita mengharapkan sokongan atau dorongan. Itulah perangai orang kita sekarang ni, orang kutuk kita pun nak kutuk juga, orang keluar kenyataan kita pun nak ikut sama tapi untuk apa?

Nota Kaki:
Orang dulu kata:
Kalau orang buat silap kalau boleh jgn hebohkan dan kalau nak cerita kalau boleh jangan sebut nama
Orang sekarang kata: Kalau orang buat silap, heboh-hebohkan dan kalau boleh beri nama, biodata dan kalau nak lebih elok dengan gambar sekali

Tak malu mempunyai kawan yang melakukan kesilapan TAPI amat malu kerana nilai kawan itu terlalu "MURAH"

Labels:

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Tersilap""

 

JOM TINGGALKAN JEJAK