eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Friday, August 11, 2006

Bercerita tentang "Hari Sukan, Balik Kampung dan Blogger Idol"

Awan


Photo ini Am rakamkan semasa balik dari pejabat, sebelum itu ada nampak langit cantik tapi tak dapat rakamkan kerana Am sedang memandu, bila isteri singgah kedai terus Am rakamkan photo ini. Banyak juga yang Am rakamkan.

Mungkin hujung minggu ini Am akan cari awan yang cantik-cantik untuk dirakamkan, rasanya jerebu pun dan makin menghilang sekarang ni.

Awan Petang...
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Pagi Ahad ini Hari Sukan anak Am, dia macam tak sabar sahaja tunggu hari sukannya. Sebenarnya Am dan isteri juga tak sabar pasal selalunya anak Am ini kalau tak menang menangis. Dah beritahu dia awal-awal kalau kalah jangan menangis. Harap-harap oklah dia nanti kalau tidak terpaksalah Am belikan hadiah untuk dia nanti. Am selalu beritahu dia, menang atau kalah, dapat hadiah atau tidak, tak penting, janji dia dah berusaha dan buat sungguh-sungguh.

Hari sabtu ini Am akan Balik Kampung Am, lebih 3 minggu juga tak balik ni. Makin bersemangat nak balik lepas baca entry di blog BP. Kebetulan ada beli kain untuk mak dan adik, bolehlah beri sekali untuk buat baju raya nanti. Masalahnya ada ker lagi orang nak terima tempahan untuk buat baju raya?

Kalau minggu pertama tiada penyingkiran dalan Blogger Idol, minggu ini Am pun tak tahu ada atau tidak. Apa-apa pun sebelum penyingkiran secara undian dibuat sudah ada 4 Blogger yang tersingkir secara "automatic". Undian dah dibuka, jom ramai-ramai kita mengundi Blogger yang kita rasa layak. Tugasan minggu kedua ialah "BI2006 - Week 2 Assignment : YOU are the new Manager for Diddy AF4. As a manager, what would you do to get Diddy to be an established singer / artist in the Malaysian Music Industry?"


Nota Kaki:
"Selamat Hari Jadi untuk diri sendiri"

Selamat berhujung minggu dan semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan

Labels: ,

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Hari Sukan, Balik Kampung dan Blogger Idol""

 

JOM TINGGALKAN JEJAK