Bercerita tentang "Banyak Perkara" IV
Photo ini Am rakamkan sama waktu dengan photo yang Am paparkan semalam, terpegun sekejab Am semasa melihat langit waktu itu. Sekarang ini ada banyak photo-photo yang cantik-cantik Am rasalah dalam simpanan Am. Hari Ahad ini Sambutan Hari Bapa di Malaysia, walaupun masih awal tapi Am mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan selamat hari bapa kepada semua Bapa, Ayah, Papa, Abi, Abah, Apa, Dad yang memasuki blog Am ini, kepada semua bapa diluar sana, paling istimewa kepada Bapa Am walaupun Am tahu bapa Am tak baca blog Am ini dan akhir sekali kepada diri Am sendiri. Diam tak diam sudah 7 tahun Am memegang "Title" bapa ini, Am akui Am bukanlah bapa yang paling sempurna tapi akan dalam proses belajar untuk menjadi bapa yang sempurna kalau bukan pada pandangan semua orang tapi cukuplah pada pandangan anak Am. Malam ini bermulalah perlawanan Piala Dunia, perlawan antara Jerman vs Costa Rica membuka tirai tahun ini. Am setiap kali Piala Dunia akan menyokong 3 pasukan sahaja, Brazil, Portugal dan Cameroon, Tahun ini Cameroon tak layak jadi Am hanya akan menyokong Brazil dan Portugal sahaja. Sebenarnya ada satu benda yang agak mengecewakan Am, Perang Mulut antara PM dan Bekas PM, benda ini tak patut terjadi dalam negara kita, siapa salah dan siapa betul bagi Am perkara kedua tapi dengan mengkritik secara terbuka akan menjejaskan imej negara kita kerana yang mengkritik dan yang kena kritik adalah orang besar dan berjasa dalam negara kita ini, tak sayang maruah sendiri tak apalah tapi tolong sayanglah maruah negara kita. Nota Kaki: Labels: Isu Semasa, Sukan, Ucapan |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Banyak Perkara" IV"