 Photo ini dirakamkan semasa bulan puasa lepas, sedang teman anak Am main bunga api terus Am rakamkan photo ini
Anak Am main bunga apai sorang sahaja kerana sepupu dia takut main bunga api. Setakat bunga api Am beri dia main kalau mercun menangis pun Am tak beri.
Bunga Api... Original Upload from Canon Digital IXUS 60 Lama betul tak menulis apa-apa disini, sibuk lepas balik bercuti ditambah pula blogdrive ini belum hilang lagi masaalahnya sepenuhnya. Banyak benda yang hendak diceritakan terpaksa ditangguhkan dan akhirnya terlupa. Dua hari lepas terima surat dari Bank tempat Am buat pinjaman rumah Am. Surat tawaran penanguhan bayaran untuk bulan November dan Disember. Penanguhan ini semperna budak hendak masuk sekolah nanti. Nampaknya bank pun sudah tahu bebanan kewangan ibubapa bila anak nak masuk sekolah. Ayah Dan Ibu - Sudirman
Ayah dan ibu Itulah permulaan kami Dapatlah melihat bulan dan Matahari Ahai... Yang dikurniakan dari Ilahi Ahai... Ayah dan ibu lah Mesti dihormati Ayah dan ibu Wali dan juga keramat Pada mereka kita beri hormat Ahai... Bagilah tunjuk ajar dan Nasihat Supaya hidup kita akan selamat Semalam lihat cerita "Pondok Buruk 2" tiba-iba lagu ini sentiasa berlegar dibibir Am
Nota Kaki: Mood raya masih lagi membara ni..... Selamat berhujung minggu Semuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan Labels: Peribadi |