Satu lagi photo awan dalam simpanan Am dan satu lagi photo yang Am sendiri dah lupa bila Am rakamkan tapi kalau tak silap dikawasan perumahan Am. Cepat betul Am terlupa sekarang, ini maknanya dah berumur ni hehehe.
Awan Biru Kembali.... Original Upload from Canon Digital IXUS 60
Anak: Abah, kalau kita besar nanti kita nak jadi kaya Am: Baguslah macam tu, kenalah belajar pandai-pandai Anak: nanti kita nak beli tv sendiri, Abah boleh buka sekali aja cerita Abah, yang lain semua cerita kita Abah: itu sebab nak jadi kaya rupanya.
Semua ini terjadi pasal anak Am marah Am tak beri dia tengok saluran Astro Ceria (64), mana boleh kalau asyik menghadap saluran itu sahaja sampaikan Am dan isteri lansung tak boleh tengok cerita lain. Am dah beritahu dia, mula sekolah nanti Am akan letak "password" saluran 64 tu.
Am risau juga kerana bukan semua rancangan di saluran itu boleh ditontonnya. Ada juga tak sesuai walaupun sebenarnya saluran itu untuk kanak-kanak. Bukan Am sahaja hadapi masalah ini rupanya kawan Am pun. Kebetulan cerita pasal kawan ini, semalam Am bawa anak Am pergi melawat kawannya yang baru bersunat, seronok kawan dia itu bercerita dengan anak Am tentang pengalaman bersunat dia. Itu pedih dan ini tak pedih hehehe. Anak Am pula bila ditanya nak sunat tak, terus dengan selamba sahaja jawab "Tak Nak" Am dan isteri cadang nak sunatkan anak Am ini bila dia dah darjah 4 nanti. Bila kata macam itu anak Am nampak macam ok sahaja. Tak tahulah macam mana kalau dia yang bersunat nanti.
Nota Kaki : Dah lupa pula umur Am bersunat hehehe....... Labels: Anak |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Anak""
memang Am..saluran ceria tu sepanjang hari la di pasang..siap anak saya hafal semua lagu tema kartun dan cerita kat channel 64 tu..kipper the dog lah..mopatop show lah..thomas and friends lah..invisible man lah..dragon booster lah..huhuhu siap saya pun boleh hapal Am...
Pasal bersunat ni, memang seelok eloknya kanak2 tu masuk umur 8-9 tahun.. tapi kalau la diorang tahu kes yang budak bersunat terputus kemaluan dia baru2 ni, for sure diorang semua taknak bersunat..haha.
waktu berkhatan tu, punyalah ramai anak dara dok keliling rumah .... apa yang diorang nak pun tak tau lahhhhh ....Alhamdulillah, 5 kali sedara offer untuk dapat ASTRO - Percuma, tapi abang long tak ambil ...sebabnya mudah ... yang 3 saluran pun abang long tak sempat nak tengok ....
1st visit blog nih...salam perkenalan...
Saya pun sama cam abang long...chanel yang dah sedia ada pun tak tertengok2...buat apa nak bayar untuk chanel yang kita tak sempat tengok...sampai sekarang tak langgan astro pun....
Anak HE belum begitu beriya-iya nak tengok Astro, maklumlah belum besar lagi. Paling dia nak tgk muzik video Heart (My Heart) je. Tapi enviroment sekarang membuatkan anak-anak lebih cepat matang nampaknya.
Bersunat ni, heheh teringat kisah kisah dulu... bersunat tuh biarlah sebelum dah ada bulu...hehehe
Moon:
Tu ler pasal moon, satu lagi cerita cartoon family, tengok sampai tido lewat yg tak tahan tu
Semasa lawat kawan anak Am tu, bapaknya tak bagi cerita pasal yg terputus tu depan anak dia hehehe
BangLong:
Anak dara tu nak tengok bakal suami dia ni menagis ker tidak kot bang long hehehe
Am masuk Astro tujuan asal pasal nak dapat channel clear, kalau tidak byk sangay bayang kat tv tu
Puteri:
Salam perkenalan juga dari Am puteri, nanti Am datang melawat pula ya
HE:
Masa dia kecik dulu Astro tu memang Am yg layan HE, sekarang payah sekit hehehe
ooooo itu pertua org tua2 ker hehehehe
Kuat sungguh pengaruh 'kotak ajaib' itu kan..
Ada juga yang bersunat masa dah sekolah menengah..isk...... malu..malu....
memang kuat pengaruhnya BP hehehe
Ada kawan Am bersunat dah sekolah menengah tapi selamba aja hehehe
saya pon tak ingat bila bersunat hehe
hissss si Faizah ni hehehe
"Dah bersunat.." jawab Pak Imam.
Pakteh bengang, sebab maksud pakteh lain, bila menegur budak 9 tahun sembahyang sebaris dengan saf orang dewasa.
Budak tak sepatutnya bersolat sebaris dengan orang dewasa walaupun dah bersunat. Bersunat bukan bermakna dewasa. Fikirkan.
Sedang fikirkan pakteh, walaupun sebelum ini tak terfikir pun