Bercerita tentang "Anak"
Sebenarnya sudah agak lama Am tak bercerita tentang anak dalam blog Am ini, Ok, seperti yang semua dah tahu, anak Am sudah masuk darjah satu dan yang ramai tak tahu ialah sudah dua kali dia kehilangan baju sekolah dia. Kali pertama baju dan seluar dan kali kedua hanya baju sahaja. Nampaknya ada peningkatan sikit dalam segi penjagaan hehehe. Satu lagi, dalam bab suruh berdoa, nampak macam ok sahaja, sekarang ni hari-hari Mama dia suruh dia doakan supaya "Baby" dalam perut mama dia itu sihat. Nampaknya ok sahaja bagi Am. Kalau ada rezeki tak lama lagi dia jadi abang, pada yang Am nampaklah dia macam tak sabar nak jadi abang dan dia "katalah" dia boleh jaga adik dia nanti.
Labels: Anak |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Anak""
Am, paling sering hilang pensil..last sekali sy beli pensil HB kaler merah tu sebondong kt Mydin...guna la sepuasya..dia cakap tak der org nak ambil lagi..hehehe..budak² pn pandai nak memilih.
Awal bln Jan, baru 2 minggu sekolah anak saya Thn 2 hilang kasut!
So..normal la..hehehehe
wah, baru tau nih, moga baby dlm perut dan wife Am sihat :)
beshnyer ade anak
jelesh ar
tp sy blom kawen lg
masih belajar
hehehehe
Takziah buat Sodep sekeluarga..
Bakal Koperal ye Am... Tahniah..!
salam, takziah buat Sodep sekeluarga.
tahniah nak dpt baby baru..:D
Jamri pun nak dpt second baby
hmm..ruginya 4 jam yg hilang tu..
ni first time dgr hilang pakaian sekolah..anak2 saya pulak kerap hilang pemadam, sharpener, pensil..eii geram betul. mmg tiap kali mengadu hilan g, masing2 kena taklimat khas..
Kujie:
nampaknya Am pun boleh guna idea macam kujie tu hehehe, ingat beli pensil lain dari lain supaya senang beza tapi rupanya lagi senang hilang hehehe. Harap2 jgn hilang beg sudahlah hehehe
Faizah:
Terima kasih Faizah
Iziana:
tak pa, nanti adalah tu hehehe
BP:
Patutnya dah sarjan BP
KakLong:
yang lain tu dah biasa hilang dari tadika lagi, cuma tang baju ni yang kes baru. Memang selalu kena taklimat khas pun kak long cuma tak limat tak berkesan sahaja hehehe
Baru dua bulan anak aku masuk PASTI, dan dah dua kali juga aku beli pensil warna kat dia. Banyak betul kerja warna warna ni eek.
Tahniah Am ... Azam tahun baru am nak tambah anak ye? Betul2 makbul doa am ye..
Anak saya hilang color pencil 2 kotak dalam bulan January. Masuk kotak yg ke-3, sy terpaksa tulis begini pada kotak kaler dia..
"jgn ambil barang org, Allah nampak apa yg kamu buat".
So far x hilang dah. Kelmarin terkucil dalam seluar pulak sebab toilet kunci. Bagus sungguh sekolah dia....
Mazudi:
Am pun dah 2 kali beli juga, yang kedua ini pun pencil warna dah kurang, nampaknya tak lama lagi kena beli barulah tu hehehe
SJ:
Terima Kasih SJ, Am pun nak buat macam tulah SJ, mana tahu barangnya tak hilang lagi