eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Tuesday, March 13, 2007

Bercerita tentang "300"

Awan.....
Masih photo Langkawi lagi, kali ini semasa memberi helang makan, yang nampak berterbangan itu semuanya burung helang, tiada burung lain, Pemandu pelancong kata boleh tembang burung helang itu TAPI hanya dengan menggunakan kemera sahaja, buat sakit hati sahaja dengar lawak dia tu hehehe.

Helang....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Semalam Am bercuti setengah hari, bukan ada apa-apa hal penting cuma isteri Am tiba-tiba nak ajak tengok wayang pula. Nasib baik kerja-kerja tiada penting kebanyakkannya sudah siap. Kami ke KLCC, ingat nak tengok cerita "Muksin" tapi lambat sangat pula masa tayangannya akhirnya memilih cerita "300". Tiket pukul 2.45 petang tapi pukul 3.00 petang pun tak mula lagi, buat sakit hati sahaja.

Cerita ini memang menarik bagi Am, isteri Am kata cerita best kerana tak buat dia mengantuk, bagi Am pula cerita ini menarik kerana terlalu banyak aksi yang buat Am tak berkelip mata termasuklah aksi yang tak sesuai ditonton oleh kanak-kanak hehehe. Kalau tanya Am, Am beri 4 bintang dari 5 bintang. Terfikir pula jika semangat "300" itu ada pada rakyat Malaysia kan bagus cuma yang pastinya perangai ahli politik watak jahat dalam cerita itu memang dah banyak dah yang boleh kita nampak di dalam negara maupun luar negara.

Sebenarnya dah lama Am dan isteri tak tengok wayang berdua, macam berdating pula rasanya. Kalau anak Am tahu mesti dia marah punya hehehe. Ternampak pula iklan cerita "Spiderman", mesti kena bawa dia tengok wayang cerita itu kerana semua cerita "Spiderman" Am bawa dia tengok.


Nota Kaki :

Oooooop tersilap, tengok wayang bertiga pasal sorang lagi dalam perut hehehe............

Labels: ,

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "300""

 

Anonymous Anonymous kata ... (March 13, 2007 10:38 AM) : 

best yer 300? sy tgk mukhsin, masa tuh pon dok pk2 nak tgk 300 .. jom la tgk mukhsin hehe

 

Blogger pu3Chempakabiru kata ... (March 13, 2007 3:41 PM) : 

Wah! dah berkurun rasanya tak tengok wayang. Sebab utama, kalau kat KLCC, tak reti nak cari mana satu panggungnya.Nanti beli tiket lain, tengok citer lain. Kedua, malas nak beratur beli tiket. Biasanya layan VCD aje kat umah, tapi ramai member kata tak trill.. ceh!hampehkelapa.com. Amboi romantik lagi Am ni yer... bertuah isteri Am dapat suami macam Am.... hehehehhehe best ekk citer 300 tu.... nanti nak cari kat pasar malam lah..... :) :)

 

JOM TINGGALKAN JEJAK