eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Wednesday, July 25, 2007

Bercerita tentang "Blog"

Amaran Najib kepada pengendali laman web
Oleh HAMDEN RAMLI dan AZMAN IBRAHIM

KUALA LUMPUR 24 Julai – Datuk Seri Najib Tun Razak memberi amaran kepada pengendali laman web dan wartawannya bahawa mereka tidak akan terlepas daripada undang-undang negara.

Timbalan Perdana Menteri menegaskan, walaupun kerajaan memberi kebebasan untuk rakyat menulis dan menyuarakan pandangan tetapi kebebasan itu ada hadnya.

‘‘Mereka mesti bertanggungjawab kepada laman web yang dikendalikan dan tidak menganggap sikap toleransi kerajaan sebagai lesen untuk menyiarkan apa sahaja atas nama kebebasan bersuara tanpa memikirkan kesannya kepada masyarakat,’’ ujar beliau.

Najib berkata, kerajaan yang bertanggungjawab ke atas kesejahteraan masyarakat tidak akan membiarkan sesiapa mengganggu-gugat perpaduan dan menimbulkan keresahan di kalangan rakyat.

‘‘Walaupun kerajaan begitu toleran terhadap pendirian antikerajaan dan kritikan yang dibuat dalam laman web, kita amat bimbang kepada kenyataan yang menghina agama dan berbau perkauman sehingga menimbulkan keresahan dalam masyarakat,” katanya.

Selanjutnya...


Komen Am:
Berhati-hatilah semua, sudah banyak kali amaran keluar......

Labels:

Tuesday, July 24, 2007

Bercerita tentang "Rotan"

Sekarang ini isu rotan dah menjadi panas semula, seolah-olah bila guru itu merotan seperti mendera anak mereka pula walaupun hakikat sebenarnya tidak sedemikian. Bagi Am guru mengajar dengan cara mereka dan kita sebagai ibubapa janganlah nak tunjuk pandai ataupun nak tunjuk sayang anak sangat.

Am dibesarkan pada zaman rotan itu perkara biasa disekolah. Dari yang Am nampak semasa Am belajar, pelajar yang dirotan itu memang patut dirotan, bukan guru itu sengaja-sengaja nak rotan tapi itu sebagai hukuman atas kesalahan mereka dan tujuan guru adalah agar mereka sedar akan kesalahan mereka itu.

Sekarang ini ada yang tak hendak budaya merotan ini dijalankan, takkan bila mereka dah besar kemudian masuk penjara baru nak rotan kot. Akhirnya banyaklah Anakku Sazali diluar sana nanti. Dikemudian hari barulah mereka nak menunding jari kearah guru kerana tak pandai mendidik anak mereka ataupun setidak-tidaknya menunding jari kearah sesiapa sahaja yang mereka fikir bersalah.

Am takut suatu hari nanti cikgu akan bosan dengan itu tak boleh dan ini tak boleh, akhirnya mereka biarkan anak kita buat apa yang mereka suka. Siapa yag rugi, Anak itu atau ibubapanya? Siapa yang hendak disalahkan, ibubapa atau guru? Mujurlah guru sekarang masih tidak mengambil tindakan sedemikian dan masih mempunyai rasa tangungjawab terhadap tugas mereka sebagai pendidik generasi akan datang.


Nota Kaki:
Nasib baik dulu tak jadi Cikgu.......

Monday, July 23, 2007

Selamat Ulang Tahun Kedua Blogku

Sebenarnya UlangTahun blog Am pada 21hb Julai, 2007 tapi tak perasan pulak, kesian blog Am harijadinya tuannya boleh lupa pulak hehehe. Nak buat macam mana banyak sangat yang perlu diuruskan sampai terlupa pulak.

Diam tak diam sudah dua tahun blog Am ini dan sekarang nak menuju ke tahun ketiga, Am rasalah dah beratus cerita yang Am ceritakan disini termasuklah pasal peribadi, anak, isu semasa, sukan dan macam-macam lagi. Dari Blogdrive ke Blogspot, mungkin selepas ini Am akan ada domian Am sendiri. Mana tahukan setahun atau dua tahun lagi Am ada server sendiri di rumah hehehe.

Dari zaman Blog tak menjadi perhatian hinggalah sekarang setiap yang ditulis diblog harus berhati-hati kalau tak silap-silap dapat surat lamaran dari mahkamah. Paling seronok ialah ramai yang Am kenal melalui blog ini, ada yang telah berjumpa dan ada pulak yang masih kenal melalui blog sahaja. Walaupun niat asal Am nak menjadi insan misteri didunia blog ini hehehe.

Apa-apapun Am akan terus menulis kerana bagi Amlah, Am menulis bukan untuk orang lain tapi Am menulis untuk diri Am. Untuk mengingati diri Am apa yang Am nampak dan apa yang Am lalui dalam hidup Am. Moga dihari tua nanti Am akan tersenyum membaca apa yang telah Am lalui dalam hidup ini melalui blog Am ini.

Ucapan terima kasih yang pertama kepada isteri yang mengenalkan Am kepada dunia blog ini. Terima kasih juga kepada semua yang masih sudi menjengok blog Am ini, semua yang masih sudi meninggalkan jejak di blog ini dan kepada semua yang sudi memberi teguran juga nasihat pada Am.


Nota Kaki:
Selamat UlangTahun Blogku, semuga kita akan terus bersahabat.......

Labels:

Saturday, July 21, 2007

Bercerita tentang "Lama-Lama"


Photo awan sudah kembali, photo awan ini dirakamkan semasa Am bawa anak naik Eye on Malaysia. Sudah agak lama photo awan ini dalam simpanan Am.

Suka lihat awan ini, nampak tenang sahaja warnanya dengan awan yang begitu cerah

Awan Tenang....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Am tersenyum setiap kali pergi pasar mini di bangunan pejabat Am ini kerana bila Am perhatikan cara mereka melayan pelanggan mereka.

Kali pertama buka - Ada ucapan salam dan ucapan terima kasih
Tak Lama kemudian - Hanya tinggal ucapan terima kasih sahaja
Makin lama kemudian - Sekali sekala sahaja ucap terima kasih
Sekarang - Ucapan salam dan terima kasih pun dah tak ada hehehe
Besok - Tak tahulah.......

Nota Kaki :
Baby Am dah "Tanggal Pusat" pagi semalam hehehe............

Labels: ,

Wednesday, July 18, 2007

Bercerita tentang "Nuri & Bola"

Sebenarnya ada beberapa cerita sedih di Malaysia sekarang ini tapi biarlah Am bercerita pasal dua benda ini yang bagi Am paling menyayat hati

Pertama pasal "Nuri", ucapan takziah kepada semua keluarga mangsa yang terkorban. Am rasa semua tahu ini bukan kali pertama helikopter yang dibeli sebelum Am lahir ini terhempas. Entah berapa banyak lagi mangsa lagi sebelum Nuri ini akan ditukar sepenuhnya. Kita sendiri tak tahu MUNGKIN mereka sedang dalam proses untuk menukar semua helikopter itu ataupun mereka nak cukupkan koleksi kapal selam sebelum mula menukar helikopter. Am sendiri tertanya-tanya adakah ini cerita Nuri terhempas yang terakhir kita dengar ataupun selepas ini akan ada lagi dan ada lagi.....

Kedua pasal "Bola", malam ini Malaysia akan turun padang lagi. Tiada apa yang hendak dikejar, cuma perancangan jurulatih lebih menjurus supaya tak kena belasah dengan jaringan besar lagi. "Slow" betul perancangannya, kalau awal-awal fikir macam tu kan ker bagus.

Tertarik dengan isu perletakan jawatan pengurusan FAM, secara peribadi bagi Am pertukaran tapuk kepimpinan itu penting TAPI pemilihan orang tepat sebagai pengantinya jauh lebih penting lagi. Jangan pengantinya nanti lebih teruk sudahlah.


Nota Kaki:
Ada kawan kena gelak bila pakai baju bola Malaysia.......

Labels: ,

Tuesday, July 17, 2007

Sama Tapi Tak Serupa



Photo Abang dan Adik....

Nota Kaki :
Sama-sama tembam hehehe............

Labels:

Saturday, July 14, 2007

Bercerita tentang "Lombongan"


Photo baru Am perasan ada dalam laptop Am, tanya isteri dia kata photo ini anak Am yang rakamkan. Am sediri tak tahu benda apa yang dia rakamkan tapi nampak menarik pula..

Berbakat juga anak Am merakamkan photo rupanya hehehe. Kalah abah dia.

Tak Tahu....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Sedang ber Blog dari rumah ni, anak sedang tidur dan baru tadi minum susu. Lupa pula nak beritahu, anak Am dan isteri sudah selamat keluar hospital pada hari Jumaat lepas tapi hari Isnin ini kena datang balik untuk periksa sakit kuningnya. Harap-harap semuanya ok Isnin nanti.

Oh ya, anak bujang Am sedang pergi "Lombongan" (rombongan) sekolah ugama dia. Pagi tadi terlambat sikit hantar dia gara-gara semalam tidur lambat jaga baby hehehehe. Seronok dia pergi rombongan itu, banyaklah benda yang dia nak cerita balik nanti agaknya.

Sebelum terlupa terima kasih pada semua ucapan tahniah, baik dari sms ataupun dalam blog ini. Jika ada kelapangan marilah singgah dirumah Am.


Nota Kaki :
Sedang belajar tidur lambat dan bangun cepat semula hehehe............

Labels:

Tuesday, July 10, 2007

Selamat Datang Anakku


Photo pertama anak Am, photo ini Am simpan di laptop Am ini, bila ada yang melawat Am tunjukkan photo ini kerana anak Am tak dapat bawa keluar.

Tarikh Lahir : 9 Julai 2007
Berat : 3.64 kg

Baby....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


Disaat Am menulis ini, Am masih berada dihospital. Mungkin hari khamis baru isteri Am akan dibenarkan pulang. Seperti biasa selagi isteri tak keluar hospital, selagi itulah Am akan bermalam dihospital.

Ok berbalik pada cerita asal, hari Isnin pagi Am bawa isteri ke "Kampung Baru Medical Centre", sepatutnya isteri masuk OT pada pukul 11 pagi tapi dicepatkan pada pukul 10 pagi, nasib baik semua proses pendaftaran dan bayaran Am dah uruskan awal-awal. Perasaan risau dan berdebar-debar tetap ada bila isteri Am masuk OT tu.

Lebih kurang pukul 11 pagi selamatlah lahir anak Am yang kedua tapi kalau nak ikut sebenar-benarnya anak yang ketiga lahir kedua melalui proses perbedahan. Ada orang kata "Keluar ikut tingkap". Kami guna cara ini kerana doktor tak nak ambil risiko dan takut baby saiz besar.

Salah satu pengalaman paling berharga ialah mengazankan anak Am. Semasa Mengazankan anak Am, Am perasan yang matanya sekejab terbuka dan tertutup seolah-olah menjeling abahnya. Macam dia faham sahaja apa yang Am lakukan, lepas azan itu baru dia nak menangis.

Saat risau mula datang bila anak Am dimasukkan dalam wad penjagaan kerana ada masalah dengan kandungan gula didalam badan. Jadi dia terpaksa dimasukkan air glukos. Sehinggalah disaat Am menulis ini anak Am masih dimasukkan air glukos tapi sudah keluar dari wad penjagaan rapi. Menurut jururawat mungkin besok dia akan ok dan tak perlu masuk air glukos lagi.

Abangnya punyalah seronok, dia kata baby macam muka dia cuma telinga sahaja tak capang macam dia hehehe. Am dan isteri macam suka nama yang anak Am cadangkan tapi wannya nampak macam tak suka sahaja. hehehe. Am sebenarnya tak buat keputusan pasal nama lagi, tunggu semuanya dah ok betul-betul baru Am dan isteri buat keputusan.


Nota Kaki :

Akhirnya Am sudah ada dua anak dengan isteri yang sama hehehe............

Labels:

Saturday, July 07, 2007

Bercerita tentang "07.07.07"


Sebenarnya dah lama nak upload photo ini di blog tapi punyalah susah nak uploadkan, memanjang tak boleh sahaja. Nasib baik malam ini ok pula hehehe.

Ini kek harijadi anak Am yang ke 7, kek bidan terjun sahaja kerana tahun ini tak sempat nak tempah kek untuk dia.

Kek....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60


"07.07.07" cantik no. ini kan, ingatkan Am pada Agen James Bond tu sahaja. Tak tahu Am masih hidup lagi tak bila no. ini muncul kembali. Tak kisahlah bagaimanapun ia hanya satu no. sahaja tak lebih dari itu. Setiap hari ada keistimewaannya sendiri.

Ingat nak lahir baby pada 07.07.07 tapi dah penuh pula tapi hari apa pun tak kisah, janji semua selamat. Ada kawan suruh pilih 27.07.2007, alamak berapa lama pulak nak tunggu tu hehehehe.


Nota Kaki :

Tak sabar nak tunggu hari isnin hehehe............

Labels:

Friday, July 06, 2007

Bercerita tentang "Streamyx"

Malam semalam akhirnya berjaya juga rumah Am ada Streamyx setelah menunggu dekat sebulan. Sekarang bolehlah Am menggunakan line internet sendiri tanpa pinjam dari jiran sebelah rumah. Seronok pula rasanya bila dah ada line internet sendiri.

Yang tak seronoknya ialah perbelanjaan makin bertambah sekarang hehehe. Yang pastinya Am akan melihat blog ini lebih banyak dari rumah dari di pejabat kerana dipejabat sekarang makin banyak kerja yang terpaksa diuruskan.


Nota Kaki:
Tersenyum bila tukang sambung Streamyx ajar Am guna internet dar A sampai Z

Labels:

Wednesday, July 04, 2007

Selamat Harijadi Anakku

Satu lagi photo yang Am rakamkan semasa menaiki "Eye on Malaysia". Banyak lagi photo tapi rasanya lain kali Am akan paparkan.

Rasanya Am akan cuba uploadkan semua di Fotopages Am kalau berkesempatan nanti

Eye on Malaysia 2....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Hari ini Harijadi anak Am yang ke Tujuh, pagi-pagi dah nyanyikan lagu untuk dia. Cuma sambutan ini kurang meriah kerana isteri Am kurang sihat tapi hadiah tetap beli juga untuk dia.


Oh ya semperna harijadi dia agaknya, anak Am dah makan durian, baru tadi Am dan isteri tahu. Nampaknya itu kena ingat sampai bila-bila, dia mula makan durian pada hari jadinya yang ker tujuh hehehe.

1234 - Aris Ariwatan

Satu... kasih yg abadi
Tiada tandingi dia yang satu
Dua... sayang berpanjangan
Membawa ke syurga kasihnya ibu

Tiga... lapar dan dahaga
Rela berpayahan setianya ayah
Empat... mudah kau ketemu
Berhati selalu beza antara
Kasih dan kekasih

( korus )
Ibu kuingat dahulu
Menyisir rambut ku kemas selalu
Ayah menghantar ke sekolah
Bergunalah ilmu bila dewasa

Sayang dengar lagu ini
Untuk kau sandarkan buat pedoman
Jangan manis terus ditelan
Pahit terus dibuang... itu bidalan
Harus kau renungkan

( ulang korus )

Sumbangan
Liriklagu.com

Nota Kaki :
Sekejab sahaja rasanya, anak Am dah tujuh tahun............

Labels: ,

Tuesday, July 03, 2007

Bercerita tentang "Bulan Tujuh"

Sebenar banyak peristiwa yang menarik pada Am dalam bulan 7 ini, boleh kata setiap tahun, bulan 7 akan menjadi bulan yang penuh bermakna.

Pertama, Hari Rabu 4 Julai ilah hari jadi anak Am
Kedua, Hari Isnin 9 Julai kalau ada rezeki baby akan lahir kedunia
Ketiga, 21 Julai ialah Ulangtahun Am berblog
Keempat, bulan 7 juga Am akan mula menggunakan bolg 3 kolum ini.


Nota Kaki :

Doakan agar semua selamat untuk isteri dan anak Am yang akan baru lahir hari Isnin depan ya............

Monday, July 02, 2007

Bercerita tentang "Business"

Semalam buat jamuan untuk ahli keluarga sahaja semperna Haji Jadi anak Am, boleh kata pra harijadi kerana harijadinya belum tiba lagi. Sengaja buat jamuan awal-awal takut minnggu depan tak sempat. Mana tahu isteri Am dah bersalin nanti. Tak tahan Am lihat muka anak Am semasa wan dia belikan "Frame" gambar sebagai hadiah dia. Agaknya dia fikir "Benda ini mana boleh buat main". Biasalah budak-budak hadiah yang dia hendak ialah barang mainan.

Sekarang ini anak Am dah otak "business", bila kami nak masuk tandas kena bayar pada dia. Ini semua pasal dia tengok di pasarayalah ni. Am kata boleh beri dia duit tu tapi dia kenalah cuci bilik air tu, tak nak pulak dia.


Nota Kaki :

Mengantuk pula rasanya hari ini............

Labels: