Bercerita tentang "Dah Lama"
Tersangatlah lamanya Am tak bercerita didalam blog Am ini, kalau rumah maunya dah bersawang dan mungkin juga berlumut. Mula berblog dahulu Am memang berniat hendak bercerita paling kurang pun seminggu 2 kali tetapi banyak benda lain pula yang beratur didepan semangat menulis blog itu, jadi terpaksalah uruskan benda lain dahulu. TETAPI Am boleh kata hari-hari jengok blog Am dan ikuti perkembangan beberapa blog. Sebenarnya banyak cerita yang Am hendak ceritakan tapi akhirnya Am hanya menulis blog di kepala Am sahaja dan seperti biasa akhirnya hilang begitu sahaja. Pejam celik sekejab sahaja masa berlalu, anak kecik Am dah makin melasak dan pandai hendak cari perhatian sekarang. Abangnya pula seperti biasa tidak diberikan sepenuh kepercayaan untuk menjaga adiknya kerana dia lebih suka melihat adiknya buat apa-apa dan kemudian menjerit "Mama, adik buat ni" atau "Abah, adik buat tu". Sejak anak dah dua ini, Am kena belajar untuk berlaku adil kepada dua anak Am walaupun ada masa Am tak berlaku adil pada abangnya tapi sekurang-sekurangnya Am masih lagi berusaha untuk berlaku adil. Satu lagi kena berlaku adil pada mamanya juga, kalau tidak ansyik anak sahaja merajuk pula mamanya hehehe Tak lama lagi Pilihanraya, Am seperti biasa tak memangkah kenapa parti tapi memangkah pada calon yang Am rasa boleh dan layak memimpin Am jadi jangan tanya Am, Am sokong parti yang mana? Oh ya sekarang ini Am dah berpindah ke pejabat baru, bukan kerja baru tapi pejabat yang baru. Benda serba baru cuma semangat sehaja yang makin turun. Mungkin letih melihat ramai yang pandai main "politik" disini, mungkin mereka sedang belajar untuk menjadi calon pada pilihanraya yang akan datang (itupun kalau ada orang calonkan) Moral of the Story: Mengundilah dengan "Akal" |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Dah Lama""