eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Monday, March 10, 2008

Bercerita tentang "Pilihanraya"

Pagi tadi semasa pergi kerja, Am perasan jalan tak sesak sangat, mungkin ramai mengambil kesempatan untuk sambung cuti balik kampung. Nampaknya itu adalah salah satu kebaikan pilihanraya hehehe

Tamat sudah pilihanraya ke 12, ramai yang tersenyum, menangis, terkedu, terperanjat dan yang tak cukup tidur pun tak kurang juga. (Am salah sorang yang kurang tidur tu hehehe). Ada juga yang sedang pindah barang untuk keluar rumah atau masuk rumah baru, ada yang kunci segala pintu rumah dan ada yang masih rasa boleh bangun semula.

Am ada "Analisis" Am sendiri pasal pilihanraya kali ini tapi Am tak berani nak tulis dalam blog ini kerana malas jika blog ini jadi blog politik pula nanti. Yang pastinya pilihanraya kali ini memang banyak memberi pengajaran kepada sesetengah pihak, baik pihak yang menang maupun pada pihak yang kalah. Yang Am berani kata ialah nampak sangat dalam pilihanraya kali ini, pengundi melahirkan protes mereka melalui undi mereka. Ini membuktikan mereka sudah sedar berapa bernilainya setiap undi mereka itu.

Terus terang, Am lebih memandang apa yang akan terjadi selepas pilihanraya ini, adakah segala kehendak rakyat/pengundi akan termakbur? Tak kisah samada BN atau BA. Adakah janji-janji akan ditunaikan? Adakah keselesaaan hidup akan lebih baik? Harapan Am agar pihak yang menang tak terlalu leka menyambut kemenangan mereka dan pihak yang kalah tak terlalu sedih sehingga terlupa tugas utama mereka kepada rakyat.

Moral of the Story:
Lebih banyak dengar suara rakyat, jangan suruh rakyat sahaja dengar suara kita

Labels:

JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Pilihanraya""

 

Anonymous Anonymous kata ... (March 11, 2008 9:27 AM) : 

Welcome back Am :D

 

Anonymous Anonymous kata ... (March 11, 2008 9:34 AM) : 

Terima Kasih Faizah hehehe

 

JOM TINGGALKAN JEJAK