Bercerita tentang "Anak"
Photo ini Am terima dari email kawa-kawan, ada beberapa keping lagi sebenarnya. Am terperanjat tengok matahari boleh jadi macam ni. Kalau tak silap photo ini dirakamkan di Rusia. Rasa Am lah photo ini jadi macam ini kerana pantulan, pantulan apa Am sendiri tak pasti Matahari.... Original Upload from Email Abang Baru beberapa lepas abang tak sihat dan tak bersekolah tapi abang ni bila lama tak bersekolah dia boring dan tak sabar-sabar pula nak kesekolah. Masalah bila hari-hari sekolah dia tak sabar pulak nak bercuti. Isteri Am tak sabar nak bawa abang pergi ke Zoo buat kali kedua kerana abang dah tak tahu setengah-setengah haiwan makan apa. Ada ker patut dia kata Zirafah makan Haiwan. Adik Sekarang dah mula melasak habis, dia boleh pusing satu rumah sampai Am dan isteri boleh pening, mana adik pergi. Satu lagi perangai adik yang Am dan isteri perasan ialah dia suka main mainan abangnya. Mainan baby dia pegang dan baling sahaja. Am juga perasan adik sekarang dah ada ciri-ciri nak mengikut, asal Am atau isteri nak bergerak sahaja, dia akan mula menangis kalau tak bawa sekali. Nampaknya susahlah Abah dan Mama nya nak berdating hehehe Am & Isteri Am memang teruja kalau bercerita tentang anak-anak Am ini, melihat mereka membesar dengan seribu macam kejutan yang mereka berikan pada Am dan isteri membuatkan kami kena lebih berhati-hati dengan apa yang kami lakukan. Setiap apa yang kami lakukan anak Am akan pandang dan silap-silap dia boleh komplin pulak. Seperti yang Am katakan dahulu membesarkan anak-anak ini ialah satu proses belajar dan diajar. Nota Kaki : Selamat berhujung semua Seuga kita diberkati dalam apa sahaja yang kita lakukan. Labels: Anak |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Anak""
comelnya abang..heheh ada ke kata zirafah makan haiwan??hihi..
bagus am..bawak anak2 pi zoo..dorang boleh belajar ( kalau meen ada anak pun, mesti bwk pi zoo, sebab meen suka tgk haiwan..comeeeel )
hihi sian abah n mama nak dating ek..meh la bagi meen babysit abang n adik..kasi can mama n abah dating heheh
hihih..ciannya mama dan abah tk dpt datingkan...
mmg tul tu kdng2 kita dpt belajar sesuatu dr anak2 juga.
seronoknya ada anak-anak ni kan? huuu... jelessss...
hmm..btul ye am, mcm sy yg tak de pengalaman membesarkan anak ni lagilah kena banyak belajarkan. Kdg2 rasa berdebar juga takut2 sy tak mampu nak mendidik anak menjadi insan yang berguna..tapi sbg ibu bapa kita kena kuatkan semangat kan..
Anak anak kita harus diajar....... jika tidak mereka akan belajar mengikut apa yang kita lakukan
Meen:
Boleh jaga ker Meen, silap2 diaorang yg jaga meen hehehe
Noamee:
Byk yang dapat belajar sebenarnya Noamee
Sastri:
Kalau dah jeless, apa tunggu lagi Sas hehehe
Mama:
Kita lakukan apa yang kita termampu sahaja mama, yg lain kita berserah pada tuhan
menjaro:
Setuju sangat tu