Bercerita tentang "Poligami"
Abang : Nanti kita nak kahwin 4 Mama : Apa pasal nak kahwin 4? Abang : Nak isteri ramai Mama : Apa pasal nak isteri ramai? Abang : Pasal nak anak ramai, 11 orang Mama :%$*&)&^% Abah : Hehehe Ada-ada sahaja anak Am ini, asal nampak semua dia nak ikut, dia ingat senang ke nak jaga 4 isteri ditambah pula dengan 11 anak. Am dan isteri jaga 2 anak pun dah pening melayan. Bercerita tentang poligami ni, secara peribadi bagi Am kalau kita cukup syarat, BETUL-BETUL cukup maksud Am bolehlah lakukannya pasal benda ini tak salah tapi kalau baru satu dah rasa-rasa tak cukup duit tu sampai cukup bulan hentikanlah, jangan cari masalah dan beri masalah pada orang lain. Satu lagi yang cukup syarat pun kenalah fikir juga niat nak khawin tu, banyak yang Am nampak habis anak dara yang lawa-lawa dipinang dan jadi isteri kedua, ketiga atau keempat dan tak lama kemudian banyak pula "title" janda-janda muda kedengaran. Am sebenarnya tak jeles pun pada yang kahwin 2, 3 atau 4 kerana Am takut akan tangungjawab yang perlu Am pikul nanti. Ini bukan bermakna Am takut pada tangungjawab tapi Am rasa sekarang ini pun banyak lagi tangungjawab Am yang belum terlaksana menyebabkan Am belum bersedia untuk menambah tangungjawab lagi TAPI kalau ada orang letak parang kat leher suruh Am kahwin satu lagi, Am terima sahaja (rezeki jangan ditolak). Moral of the Story: Lelaki sahaja boleh khawin 4, perempuan jangan pula nak cuba ya. |
JEJAK TEMAN DI "Bercerita tentang "Poligami""
am..bercita2 besar sungguh anak am ni hihi bahaya ni am, kang kalah abahnya ni..
ps: G.Besar sekolah meen ada 3 wife..baru early 40s..tapi nampak gaya masih mahu menggatal!!
Ramai yg berpoligami sebab ikut sunah, tapi perbuatan lain tak ikut pulak sunah
wahhh..kecil2 sudah bercita2 sebegitu ye hero am tu...hahaha
Meen:
Rasanya Abahnya dah cukup satu kot meen hehehe
Kamato:
Betul tu kamato, byk yang Am nakpak macam itulah
Kadok:
Am rasa anak Am sendiri tak faham betul2 apa yang dia kata tu hehehe