eXTReMe Tracker

'Award From MamaJ

Merenung Jejak Kehidupan
- Suatu Klinik Minda

Merupakan hasil perjalanan peribadi, garapan idea, pendapat dan pemikiran penulis. Penulis tidak mengwakili mana-mana pertubuhan atau organisasi tertentu. Segala pendapat dan ulasan yang dibuat merupakan hasil pemikiran dan pandangan peribadi penulis.
Mengkritik bukan Mengeji, Menegur bukan Mengutuk, Bercerita sebagai Tauladan
Sekian Terima Kasih.
Hak Cipta Terpilihara.

free web counter
Since July 21, 2005

Terima Kasih & Jumpa Lagi

Monday, April 21, 2008

Berita tentang "Pilihan"


Merayau dalam Komputer Am, terjumpa pula photo ini, rasanya dah lama photo ini tersembunyi dalam komputer Am ini.

Ada sekali tu melihat awan senja yang begitu indah, sayangnya tiada kamera untuk rakamkan photo senja tu

Awan Di Pantai....
Original Upload from Canon Digital IXUS 60

Sabtu lepas Am betul-betul dalam dilema kerana ada tiga jemputan yang kalau boleh semuanya Am hendak pergi tapi Am boleh pilih satu sahaja. Saat itu macam nak jadi tiga orang dan berada pada tiga tempat dalam satu masa. Akhirnya Am membuat pilihan dan pergi bersama keluarga ke salah satu jemputan itu walaupun Am rasa hati Am macam dah terbahagi tiga pada saat itu.

Apa yang Am nak beritahu ialah kadang kala kita terpaksa dalam hidup kita untuk membuat pilihan. Kadang kala pilihan kita semudah nak makan lauk yang mana satu dan kadang kala pilihan agak susah sehingga membabit hati dan perasaan ramai orang. Disinilah kita kena pilih pilihan yang mana lebih penting bagi kita pada saat itu.

Am sendiri pun rasanya banyak juga yang salah dalam buat pilihan terutama masa menjawab soalan ABC semasa sekolah dahulu tapi yang pastinya kita kenalah yakin dengan pilihan yang kita buat dan jangan pula kita hilang keyakinan bila pilihan kita ternyata salah. Dalam hidup ini terlalu banyak pilihan yang perlu kita pilih dan yang paling seronoknya ialah kita tak tahu apa akan terjadi sehinggalah setelah kita membuat pilihan itu. Kalau difikirkan balik inilah keseronokkan hidup sebenarnya.

Nota Kaki:
Penat juga nak pilih tajuk "Entry" hari ni hehehe

Labels: ,

JEJAK TEMAN DI "Berita tentang "Pilihan""

 

Blogger Abah Mui'zz kata ... (April 22, 2008 12:51 PM) : 

Am, sekurang2nya kita ada peluang memilih. Ada orang, nak memilih pun tak dapat, sebab takde pilihan.

p/s: Kadang2 kan Am, memilih nak makan lauk apa pun susah juga. Kena pulak bila semua lauk nampak sedap, dan kita tahu kita takleh nak makan semua. Ahaks.

 

Anonymous Anonymous kata ... (April 23, 2008 5:59 PM) : 

dan selalunya susah jugak nak pilih baju apa nak dipakai..tudung warna apa nak pilih kasi sepadan..huhu susah tuuuu

 

JOM TINGGALKAN JEJAK